Sunday, February 12, 2012
Tips Untuk Meningkatkan Review dan Rating Kedai Anda
Internet hari ini sebahagian besarnya didorong oleh interaksi melalui online. Apabila membuat keputusan untuk membeli, pengguna akan mencari pengalaman pengguna lain. Ini termasuk membacarating online dan ulasan/review yang diberikan oleh pengguna yang lain, yang mana boleh meningkatkan jualan.
Dengan itu, di sini kami kongsikan 5 cara untuk peniaga mendapatkan dan mengembangkan rating dan review laman web mereka.
1. Memasukkan Borang Tinjauan (Review Form) di laman Penerangan Produk (Product Description)
Menyediakan pelanggan dengan pilihan untuk menulis review secara langsung pada laman 'product description' adalah salah satu cara untuk menggalakkan review berkembang. Ini kerana, selepas pengunjung / pelanggan melihat produk, mereka akan kembali pada ruangan produk untuk memberi komen samada negatif atau positif. Anda juga boleh meletakkan kotak komen Facebook yang lebih memudahkan pelanggan berinteraksi antara satu sama lain sambil bertukar pendapat mengenai produk anda.
2. Minta Terus Ulasan!
Cara yang paling mudah untuk mendapatkan pelanggan untuk tulis ulasan adalah dengan terus bertanya kepada mereka. Satu caranya adalah dengan menggunakan e-mel, dimana emel dihantar setiap kali selepas transaksi selepas pelanggan membuat pembelian. Letakkan bersama pautan kepada borang kajian (review form) bersama-sama dengan emel tersebut.
Satu lagi cara ialah untuk menjalankan kaji selidik pelanggan secara berkala, yang termasuk soalan seperti "Pada skala 1 - 5 dengan 5 menjadi yang terbaik, bagaimana anda menilai produk kami" Anda juga boleh memasukkan kotak komen di mana pelanggan boleh berkongsi pendapat dengan segera. Jika niat anda adalah dengan menggunakan ulasan ini di laman web anda, pastikan anda memberitahu mereka dahulu.
Dan, anda juga boleh menarik pelanggan untuk menulis review dengan menawarkan mereka diskaun khas atau hadiah.
3. Jadi Pelanggan Mudah Untuk Meninggalkan Review
Simple adalah lebih baik apabila proses mengambil review dan rating pelanggan. Contohnya, buatkan form atau borang yang simple dengan butang 'Submit' yang jelas. Kadangkala pengguna yang tidak biasa dengan internet mengalami masalah kecil begini. Juga letakkan borang ini ditempat yang mudah dilihat dan ditemui pengunjung.
4.Jadikan Ruangan Review Lebih Sosial
Maksudnya disini, gunakan laman sosial untuk meningkatka review pengguna. Sebagai contoh, jika anda menggunakan Facebook atau Twitter, sekali-sekala minta pelanggan dan pengikut untuk mengemukakan ulasan dan termasuk pautan kepada borang review.
Seperti yang dikatakan di point sebelum ini, anda juga boleh memasukkan kotak komen Facebook ke dalam ruangan review produk dikedai anda. Ini memberi kelebihan kepada anda, kerana setiap kali pengguna berkongsi review dan meninggalkan komen, ia akan tersebar secara automatik kepada kawan-kawan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment