Monday, February 20, 2012
5 Cara Untuk Mendapatkan Like Di Facebook
Apabila sesuatu perniagaan telah membuka fan page Facebook mereka sendiri, cabaran utama adalah untuk mengembangkan fan page tersebut. Ini sememangnya dapat dicapai, walaupun hanya melalui penggunaan butang "Like". Seseorang fans meluahkan kesetiaan kepada sesuatu jenama atau produk, dengan hanya klik butang Like. Ia adalah bersamaan 'email opt in' melalui Facebook.
Berikut adalah 5 cara untuk menggalakkan orang ramai untuk Like fan page Facebook anda:
1. Meletakkan Butang Like di Laman Web Syarikat
Facebook mempunyai 9 plug-in sosial yang berlainan, yang boleh ditambah ke laman web perniagaan anda untuk mencipta lebih 'persinalization', dana pengalaman sosial untuk pelawat. Yang paling popular adalah butang Like yang boleh ditambah ke laman web anda dengan meletakkan beberapa kod HTML.
Dengan menganggap butang Like digabungkan dengan fan page Facebook anda, apabila seseorang mengklik butang Like, dia akan segera menjadi fans/peminat tanpa perlu meninggalkan laman web.
2. Tambah Ikon Grafik Yang Menggabungkan Link Kepada Laman Facebook Anda
Walaupun anda tidak melihat ia pada setiap laman web, ia telah menjadi perkara biasa untuk pengunjung mencari pautan kepada rangkaian sosial yang dipunyai sesuatu syarikat. Ini kerana pengunjung mahu tahu samada sesuatu syarikat ini memang wujud atau tidak, dalam kata lain, ingin mengetahui samada ia boleh dipercayai atau tidak.
Satu laporan baru-baru ini oleh eMarketer, sebuah majalah online, dianggarkan bahawa, pada tahun 2011, Facebook akan mencecah hingga 9 ke 10 pengguna rangkaian sosial dan lebih 57 peratus daripada pengguna Internet. Menjelang 2013,laporan itu berkata bahawa 62 peratus daripada pengguna web dan hampir separuh daripada penduduk dunia dijangka berada di Facebook.
3. Biar Pelanggan Email Newsletter Tahu Mengenai Fan Page Anda
Pertimbangkan untuk menghantar e-mel khusus yang meminta pelanggan (subscriber) anda untuk Like fan page anda.
4. Sasarkan Pasaran Anda Dengan Menggunakan Iklan Facebook
Iklan Facebook adalah salah satu lagi cara yang baik untuk menarik lebih perhatian pengguna Facebook secara meluas. Satu teknik yang sering gunakan adalah untuk mensasarkan rakan-rakan kepada fans anda. Dengan cara ini, apabila iklan tersebut muncul, pengguna melihat nama-nama kawan-kawan yang telah Like fan page anda. Ini juga menambah kepercayaan kepada fan page dan perniagaan anda.
5. Sindikasikan Kandungan Dari Laman Web Kepada Fan Page Facebook
Selain daripada strategi pemasaran media sosial atau interaksi dengan pelanggan, anda memerlukan kandungan dan strategi penyebaran kandungan. Sama ada ianya mengenai kemaskini produk, artikel blog, tutorial, atau siaran akhbar (atau semua di atas), tiada tempat yang lebih baik untuk meletakkan kandungan ini selain dari dilaman web anda sendiri
Gunakan tool seperti dlvr.it, Ping.fm or SocialOomph, kandungan dari laman web anda akan dapat di sindikasi terus ke fan page anda. Setiap kali kandungan di 'publish', ia akan di sebarkan juga ke fan page anda dimana, pelanggan anda boleh berkongsi kandungan tersebut dengan rakan-rakan mereka.
Jangan lupa Like kami di Facebook.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment