ad

Thursday, December 29, 2011


Mempelajari dari Groupon tentang pemasaran di laman web

Artikel ini diinspirasikan sepenuhnya oleh syarikat diskaun online terkenal dunia, Groupon.com.

Mengekalkan momentum didalam newsletter harian bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dengan jumlah pelanggan yang beratus-ratus ribu didalam senarai email mereka. Sekali saja silap, pelanggan akan 'unsubscribe' dari langganan dan mereka akan dibawa ke laman 'unsubscribe' mereka di sini.


Apa yang menarik disini, selepas pelanggan 'unsubscribe' mereka akan dibawa kelaman 'unsubscribe' yang menunjukkan video salah seorang pekerja mereka yang sedang kecewa kerana pelanggan telah unsubscribe. Disini mereka cuba menunjukkan situasi yang sebenar berlaku apabila pelanggan unsubscribe. Mereka cuba memujuk anda untuk melanggan semula. Menarik kan? Pelanggan mungkin tidak akan subscribe semula, tetapi sekurang-kurangnya, ia meninggalkan kesan positif terhadap Groupon.

Di sini, kita boleh pelajari dari Groupon tentang membina personaliti. Groupon.com adalah satu contoh yang bagus bagi syarikat yang mempunyai personaliti yang baik diinternet.

Syarikat online yang pandai membina personaliti sendiri akan menjadi 'favourite' pelanggan dan memudahkan usaha untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan.

Bukan ini sahaja, beberapa perkara lain yang boleh dipelajari dari Groupon.com selain dari taktik 'email unsubscription' tadi. Disini ada satu lagi yang boleh anda pelajari dari mereka.

Tulis blog

Groupon.com adalah salah satu syarikat online yang terkenal dan sudah mendapat tempat di enjin carian seperti Google. Yang lebih menarik tentang mereka, mereka bukan sahaja menulis artikel blog yang biasa, tetapi mereka mampu membuat pelanggan mereka 'take action' setelah membaca artikel blog mereka.

Blog yang bagus, biasanya memberi informasi dan nasihat percuma, tetapi ia sebenarnya adalah langkah pertama dalam komunikasi dengan pelanggan.

Pembaca anda boleh memberi maklum balas, kritikan melalui blog anda. Ini membuktikan boleh menghasilkan suatu suasana mudah bagi pelanggan anda berkomunikasi dengan anda dan ini akan meningkatkan kesetiaan pelanggan terhadap produk anda.

Satu lagi yang menarik tentang Groupon.com, mereka memberi maklumbalas yang mesra dan bukan melalui 'skrip'. Mereka mampu menukar maklumbalas negatif pelanggan menjadi maklumbalas positif, yang akan membantu memperbaiki imej syarikat dimasa akan datang. Anda boleh rujuk blog mereka disini - http://www.groupon.com/blog/

0 comments:

Post a Comment