Jika anda lihat di dalam pilihan Catalog > Product, terdapat satu tab fungsi “Option” untuk produk anda (rujuk gambar di bawah).
Secara ringkasnya, fungsi “Option” ini kegunaannya adalah untuk anda menambah pilihan kepada produk anda. Bermakna, ini akan memberi lebih pilihan kepada pelanggan anda semasa membuat pembelian. Di bawah di tunjukkan tutorial cara untuk menggunakan fungsi “Option”ini:
1) Pada tab Option, klik pada pilihan Add Option.
2) Kemudian, akan keluar beberapa ruang kosong untuk maklumat yang perlu anda isikan:
Option - Masukkan nama pilihan utama (Contohnya, saiz, warna, cas kad kredit, cas paypal)
Sort Order – Susunan pilihan.
Option Value – Nilai atau pilihan di bawah pilihan utama iaitu Option.
3) Setelah selesai, klik pada butang Save.
4) Setelah Save, pilihan (Option) akan di masukkan kedalam produk anda.
Sunday, December 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment