ad

Monday, January 31, 2011


Tips Untuk Menghasilkan Surat Jualan

0 comments

Salah satu perkara yang penting untuk meningkatkan jualan kedai ialah Surat jualan. Surat jualan amat memainkan peranan penting untuk mempengaruhi pengunjung untuk membeli. Walaubagaimanapun tidak mudah untuk menulis surat jualan yang mampu mempengaruhi pengunjung untuk membeli.

Untuk menghasilkan surat jualan yang bagus amat memerlukan kemahiran menulis yang tinggi. Tidak semua mahir menulis surat jualan. Tambahan lagi, anda perlu menjimatkan masa untuk melakukan perkara lain seperti pemasaran. Oleh itu, anda boleh mengupah copywriter bebas untuk menulis surat jualan untuk anda. Beberapa tips yang berguna untuk anda jika mahu mengupah copywriter :

1) Jika di Malaysia, copywriter biasanya boleh di dapati di forum-forum perniagaan internet.

2) Cuba lakukan carian di Google dengan kata kunci “Surat jualan”. Melalui keputusan search itu, cuba cari servis yang berkaitan dengan copywriter dan hubungi mereka.

3) Anda juga boleh mencari copywriter dengan melihat pada laman jualan pesaing atau pun perniagaan lain yang berkaitan. Cuba hubungi mereka dan tanyakan di mana mereka mendapatkan copywriter tersebut.

4) Jika, anda memasarkan produk global, anda boleh mendapatkan copywriter di Elance, Odesk, Freelancer ataupun di forum-forum perniagaan yang berkaitan.

5) Sebelum anda melantik copywriter, pastikan anda melihat hasil kerja atau portfolio mereka sebelum ini. Lihat juga feedback dari pelanggan mereka sebelum ini.

6) Pastikan segala maklumat jualan yang anda mahu letakkan dalam surat jualan lengkap untuk di berikan kepada copywriter.

7) Sentiasa "test" surat jualan anda untuk memastikan ia berkesan dan mendapat keputusan yang di mahukan. Jika perlu, minta copywriter untuk membuat perubahan.

Friday, January 28, 2011


10 Checklist Sebelum Anda Mula Menjual Di Kedai Online Anda

0 comments

Setelah anda mempersiapkan kedai online anda, tiba masanya untuk anda mendapatkan pelanggan untuk membeli produk anda. Tapi sebelum itu cuba periksa semula kedai online anda dan tanyakan diri anda tentang 10 checklist di bawah :



10 Checklist Sebelum Anda Mula Menjual Di Kedai Online Anda

1) Adakah anda sudah memberi mereka offer atau promosi di laman utama?

2) Adakah gambar produk anda sudah berkualiti dan jelas? Berapa posisi gambar produk yang pelanggan anda boleh lihat?

3) Sudahkah anda meletakkan informasi yang lengkap untuk setiap produk?

4) Berapa banyak produk yang anda jual? Adakah produk anda hanya spesifik kepada pasaran tertentu sahaja?

5) Sudahkan anda memberi mereka promosi "Free Shipping" sekiranya mereka membeli produk anda dalam kuantiti tertentu?

6) Sudahkah anda memberi jaminan wang kembali kepada mereka sekiranya produk anda tidak menepati kemahuan mereka?

7) Sudahkah anda meletakkan testimonial atau feedback dari pelanggan sebelumnya?

8) Sudahkah anda menyediakan autoresponder untuk mengumpul email dari prospek atau pelanggan?

9) Apakah cara anda menarik trafik ke kedai anda? Sudahkah anda mempersiapkan kedai anda untuk search engine?

10) Adakah anda mempunyai up selling atau cross selling selepas pelanggan membeli produk?

Monday, January 24, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : Lebih Pilihan Untuk Katalog Anda

0 comments
Penyampaian produk di dalam kedai online amat penting dan boleh mempengaruhi jualan produk anda. Tidak seperti perniagaan offline, di internet katalog produk anda perlu jelas dan teratur kerana ia membantu keputusan pelanggan untuk membeli.

Ini kerana:
  1. Cara penyampaian produk boleh mempengaruhi cara pelanggan membeli produk di kedai anda.
  2. Penyampaian produk yang teratur, sistematik dan jelas memudahkan pelanggan membuat pilihan.
  3. Gambar produk yang jelas mampu memberi gambaran jelas tentang rupa bentuk sebenar produk anda.

Oleh itu, peniaga online harus bijak mengatur dan mempamerkan produk dengan cara yang betul kerana ia mampu meningkatkan jualan anda.

Atas sebab itu, dengan akaun Premium, anda mempunyai pilihan untuk mengubah saiz gambar produk dan cara produk di pamerkan. Jika anda ingin mengubah saiz atau rekabentuk produk yang ingin di pamerkan, anda boleh masuk ke admin panel, kemudian pada bahagian Setting > Store dan kemudian ke tab Catalog.


Di sini, anda mempunyai pilihan untuk menukar saiz gambar produk anda. Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan sama ada saiz gambar yang kecil, sederhana atau besar.

Anda juga boleh menukar jumlah produk yang di pamerkan di bahagian depan dan dalam catalog. Ini boleh di lakukan dengan mengubah jumlah dan baris yang ingin di pamerkan.


Biasanya, pada akaun basic baris produk default yang di pamerkan ialah 4 tetapi dengan akaun Premium anda bebas memilih bilangan produk di bahagian depan dan dalam catalog. Setelah anda memilih rekabentuk yang anda inginkan, klik pada butang Save. Produk anda kini akan kelihatan lebih jelas dan teratur, sedia untuk di pamerkan kepada pelanggan.

Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium hari ini dan dapatkan lebih pilihan untuk konfigurasi katalog anda. 

Thursday, January 20, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : Lebih Kebebasan Rekabentuk Kedai

0 comments
Salah satu ciri menarik akaun Premium ialah kebebasan yang diberikan untuk pemilik kedai mereka bentuk kedai mereka. Sekiranya untuk kedai percuma, reka bentuk hanya dihadkan dengan 4 pilihan skin dan pilihan latar belakang yang sedia ada, anda mempunyai lebih kebebasan untuk mereka bentuk kedai anda.

Lebih pilihan skin
Pengguna akaun Premium akan mendapat pilihan skin Premium yang hanya dikhaskan untuk pengguna akaun Premium sahaja. Skin Premium akan ditandakan dengan •. Lebih skin Premium akan ditambah dari masa ke semasa.

Reka sendiri skin anda menggunakan custom CSS
Bagi pengguna yang mahir menggunakan CSS, anda boleh mereka bentuk kedai mereka sendiri menggunakan custom CSS. Dengan menggunakan ciri ini, anda boleh menghasilkan reka bentuk yang unik milik kedai anda sahaja. Kami juga telah menyediakan guide untuk anda menghasilkan custom CSS anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang custom CSS ini, sila rujuk guide yang telah disediakan.

Gunakan sebarang grafik untuk latar belakang kedai anda
Kami telah menyediakan ratusan grafik latar belakang yang boleh digunakan pada kedai anda. Namun sekiranya anda ingin menggunakan grafik sendiri, anda boleh gunakannya dengan akaun Premium. Sekarang anda boleh memiliki latar belakang yang sama untuk kedai, blog dan website anda. 

Sembunyikan iklan, credit Lot.my dan sebagainya
Sekarang anda mempunyai pilihan untuk menyembunyikan iklan Lot.my yang kami sediakan. Malah anda juga boleh menyembunyikan semua link ke laman Lot.my. Sekiranya anda menggunakan domain sendiri, tiada siapa boleh menjangkakan anda menggunakan perkhidmatan dari Lot.my!


Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium hari ini dan dapatkan lebih pilihan untuk mencantikkan kedai anda ini.

Monday, January 17, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : Domain .COM Percuma

2 comments
Ya, anda tidak tersilap membaca tajuk entry kali ini. Bagi setiap pemilik akaun Premium Lot.my, anda akan diberikan domain .COM anda secara percuma. Anda boleh turut serta tudscarf.com, calamusgiftland.com, ukursolution.com, gnsbullion.com dan ramai lagi pengguna akaun Premium yang telah mendapatkan domain .COM percuma mereka.

Domain .COM ini akan menjadi alamat domain kedai anda selagi anda masih menggunakan akaun Premium Lot.my.
Sekiranya anda sudah memiliki akaun premium tapi belum mendapatkan domain .COM anda, sila berhubung dengan support team kami.

Tawaran ini hanya untuk masa yang terhad. Jadi sekiranya anda masih belum upgrade kedai anda ke akaun Premium, inilah masa yang terbaik.

Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium harini ini dan dapatkan domain .COM percuma anda hari ini.

Sunday, January 16, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : Domain Anda Sendiri

0 comments
Sebagimana yang anda sedia maklum, setiap kedai di Lot.my boleh diakses dengan domain lot.my sahaja. Namun bagi pengguna akaun Premium, anda boleh memilih segala domain untuk alamat kedai anda.  

Domain seperti .com, .com.my, .net, .co.uk, malah apa sahaja domain yang anda mahukan boleh diletakkan sebagai alamat kedai online anda.

Calamus Gitland menggunakan domain www.calamusgiftland.com

Bukan itu sahaja, sekiranya anda sudah memiliki laman web sendiri dengan domain sendiri, anda boleh menggunakan subdomain laman anda sebagai alamat kedai Lot.my anda. Sebagai contoh Secret Garden memiliki laman sendiri di secretgarden.com.my. Untuk alamat kedai Lot.my, mereka menggunakan subdomain shop.secretgarden.com.my.

Untuk mendapatkan domain sendiri hanya perlu 3 langkah seperti mana yang ditulis dalam artikel wiki ini.

Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium harini ini dan dapatkan kemudahan menggunakan domain sendiri untuk kedai anda.

Thursday, January 13, 2011


Peniaga-peniaga Lot.my Di Akhbar Utusan

0 comments



Bazar dalam talian
Seperti yang di lihat di Utusan Online.
Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN

BLOG hari ini bukan sahaja medium menyampaikan maklumat tetapi dijadikan platform perniagaan secara dalam talian. Trend masyarakat menjual pelbagai barangan melalui blog semakin mendapat sambutan malah ada yang menjadikan ia sebagai pendapatan sampingan dan memenuhi masa yang terluang.

Melihat senario tersebut, Lot.my sebuah laman e-dagang terkini di negara ini turut menyediakan platform khas untuk para usahawan membina kedai online sendiri dengan mudah.

Lot.my memberi peluang kepada usahawan baru untuk berkecimpung dengan perniagaan secara dalam talian. Di Lot.my pengguna dapat membina kedai online masing-masing dalam beberapa minit dengan beberapa klik sahaja.

Rata-rata peniaga yang berniaga di laman e-dagang itu berpendapat ia bukan saja mudah untuk dikendalikan malah mesra pengguna.

Ini kerana ia dibangunkan dan dilengkapi dengan ciri-ciri lengkap laman e-dagang seperti sistem katalog, sistem pemasaran, sistem inventori, sistem bayaran, sistem dokumentasi dan sistem perhubungan pelanggan.

Malah bagi pengguna yang kurang pengetahuan tentang teknologi maklumat (IT), Lot.my memastikan sistemnya mudah digunakan dengan memaparkan interface yang mesra pengguna.

Salah seorang peniaga, Nornadiah Sarjat, 23, berkata, dia mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sejak setahun yang lalu dan membina kedainya sendiri menggunakan sistem Lot.my kerana lebih mudah.

Katanya, sehingga kini, kos operasi dan pengetahuan teknikal mengenai Lot.my adalah percuma.

”Kita hanya perlu mendaftar domain kedai, pilih reka bentuk kedai, masukkan produk di kedai serta lakukan promosi kedai dan produk.

”Selebihnya seperti jumlah produk yang tinggal serta pengurusan-pengurusan lain turut diuruskan oleh Lot.my dan ini sekali gus memudahkan kerja kita sebagai peniaga,” ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nornadiah yang menjual produk berupa tudung dan selendang mengakui, melalui tuds.lot.my, kerjanya menjadi bertambah mudah.

Jelasnya lagi, jika dahulu dia terpaksa melakukan sendiri pengiraan stok yang tinggal serta mengemaskini blognya setiap hari untuk memudahkan pembeli, kini tidak lagi.

Seorang lagi peniaga yang turut menjual produknya melalui stylotots.lot.my ialah Noor Emilda Adam, 29.

Dengan menjual pelbagai barangan bayi, Noor Emilda yang memulakan perniagaannya April 2009 hanya menjadikan bidang perniagaan ini kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Bermula dengan suka membeli barangan bayi melalui Internet, akhirnya Noor Emilda mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

”Segala-galanya berlaku secara tidak sengaja dan di awal pembabitan, saya menggunakan blog sendiri untuk menjual produk-produk bayi ini.

”Tetapi masalah seperti susah nak kemaskini dan kendalikan kadang kala membuatkan kita rasa tertekan.

”Berlainan pula dengan Lot.my di mana segala-galanya mudah,” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu bertuah kerana hari ini perniagaanya bukan sahaja semakin maju malah pelanggannya juga turut bertambah

Seorang lagi peniaga, Nurul Razali, 32, (gambar) mengakui melalui ‘kedainya’ mybabyworld.lot.my, dia mampu mengendalikan sebuah perniagaan yang berasaskan barangan bayi dengan mudah dan cepat.

Dia yang turut mengakui tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang IT, teruja untuk meneruskan perniagaanya apabila mendapati lama e-dagang tersebut amat mudah dikendalikan bagi orang sepertinya.

”Lot.my ini dibangunkan supaya mudah digunakan walaupun oleh pengguna yang tiada kemahiran IT yang tinggi.

”Pada masa yang sama, kita juga tidak lagi perlu mengemaskini stok kerana segala-gala akan dilakukan oleh Lot.my,” katanya.

Dapatkan kedai online anda sendiri di www.lot.my