ad

Sunday, January 29, 2012


Bagaimana Cara Untuk Menghargai Pelanggan Anda


Kebanyakan perniagaan seringkali lupa bahawa interaksi, komunikasi penting bukan sahaja untuk mendapatkan pembeli, tetapi mengekalkan pelanggan sedia ada. Pelanggan sebenarnya tidak mempedulikan harga produk anda, seberapa tinggi pun, apa yang mereka mahukan cuma layanan baik dan mendapatkan pengalaman membeli yang positif.

Anda pasti tidak akan berjaya jika hanya menjual produk dan terus meninggalkan pembeli tersebut. Pelanggan mahukan layanan selepas membeli, sesetengah pelanggan membeli bukan kerana produk atau servis tetapi mereka mahu bersama 'komuniti' anda dan mereka percaya bahawa anda mampu membawa mereka kearah yang lebih positif.

Jadi, sebagai peniaga anda harus menghargai dan hormati mereka. Anda mungkin mempunyai produk yang 'meletup' tetapi tanpa layanan pelanggan yang baik, anda tidak akan mampu bertahan. Di bawah ditunjukkan beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menghargai pelanggan anda:

- Lantik pekerja yang mampu dan 'amat berminat' untuk melayan pelanggan anda dan bukan sahaja mengejar duit.

- Kongsi kandungan yang mampu memberi pelanggan anda berasa lebih baik, bermotivasi, bersemangat dan sebagainya.

Permudahkan pelanggan anda untuk membuat maklum balas dan cadangan kepada anda.

Kongsikan kejayaan pelanggan anda kepada umum.

- Apabila anda membuat silap, sentiasa meminta maaf kepada mereka dan berikan penyelesaian yang efektif kepada mereka dengan segera.

- Dengar dahulu kemudian bar bercakap, untuk berkomunikasi lebih baik dengan pelanggan.

- Jangan sesekali menggunakan emosi semasa berurusan dengan pelanggan.

- Adakan suatu majlis atau parti khas untuk pelanggan anda berjumpa sesama mereka.

- Perkenalkan pelanggan anda kepada produk lain yang boleh memberi kebaikan kepada mereka.

- Senyum dan katakan 'Hello' adalah cara yang paling mudah membuatkan mereka gembira.

- Pastikan pelanggan mudah untuk menghubungi anda samada melalui telefon, Twitter, Facebook, atau apa sahaja platform.

- Letak atau 'feature' kan pelanggan anda di dalam artikel blog anda, mereka pasti akan berkongsikannya dengan rakan-rakan mereka.

- Jadikan newsletter anda mudah untuk di'unsubscribe' sekiranya mereka tidak sukakannya.

- Jangan sesekali memberi harga yang tersorok atau hidden charge kepada mereka.

- Jadikan mudah untuk mereka menukar atau memulangkan produk yang mereka tidak sukai atau tidak sesuai bagi mereka.

0 comments:

Post a Comment