Monday, November 7, 2011
Mengapa Brand Penting Untuk Produk Anda
Brand bukan sekadar jenama, bukan sekadar motto atau logo sesuatu produk itu, tetapi ia adalah sesuatu yang dapat meningkatkan “awareness” pelanggan kepada produk anda dengan segera. Brand hanya boleh di buat sekali sahaja, ia tidak boleh di tukar, sekali brand itu di kenali, sampai bila-bilalah iakan di ingati. Jadi anda perlu bijak dalam menentukan brand kepada produk anda. Seperti Lot.my, kami di kenali dengan sebuah platform kedai online yang boleh di buat dalam masa 5 minit.
Apa yang ada dalam brand?
Nama Produk. Nama ialah sesuatu yang akan di ingati oleh pelanggan. Nama produk akan mencerminkan imej produk dan syarikat pengeluarnya. Untuk lebih membuatkan pelanggan mengingati produk anda, anda boleh namakan produk anda “simple” yang mungkin, contohnya seperti Lot.my, Pepsi, Nike dan lain-lain. Pastikan ia relevan dengan pasaran produk anda.
Logo. Jika anda lihat pada brand-brand yang terkenal seperti Apple, Coca-Cola, Apple, mereka menggunakan logo yang sesuai dengan nama perniagaan mereka. Contohnya Apple, menggunakan buah Epal sebagai logo, manakala Coca-Cola menggunakan nama mereka sendiri sebagai logo. Jadikan logo anda sekreatif yang mungkin, ini boleh membezakan anda dengan pesaing anda.
Tagline. Pernahkan anda mendengar tagline ini “Just do it” “Think difference”. Ini adalah tagline dari brand-brand yang terkenal. Yang lebih penting, tagline mereka ini mudah di ingati oleh pengguna. Selain itu, ia menggambarkan ciri-ciri produk itu sendiri. Di sini tagline di lihat amat penting dalam menjenamakan produk, lihat saja pada contoh brand-brand yang terkenal ini.
Yang terakhir sekali tentulah Produk itu sendiri. Jika produk anda berkualiti dan amat berguna untuk pengguna ia pasti akan di ingati sampai bila-bila. Jadi penting untuk anda memastikan kualiti produk dan servis anda sentiasa di jaga, kerana ia boleh memberi efek kepada imej dan brand produk anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum admin..syukran jazilan atas info berguna ini.Amat pentingnya penjenamaan dlm jangka masa panjang..=)
Post a Comment