ad

Sunday, November 13, 2011


3 Tips Untuk Menamakan Kedai Online Anda

Nama kedai adalah salah satu bahagian yang penting untuk sesuatu perniagaan. Dalam bahasa lain, nama akan menjadi identiti perniagaan itu sendiri.
Oleh kerana, nama sangat penting, anda perlu pandai memilih nama yang sesuai untuk perniagaan anda. Di bawah, di kongsikan beberapa tips semasa memilih nama untuk perniagaan anda.

Pilih nama yang sesuai dengan suasana perniagaan.. Pertama sekali, fikirkan apa suasana atau “environment” perniagaan anda. Kumpul segala maklumat yang relevan dengan perniagaan anda. Apabila anda sudah mempunyai maklumat ini, jadikan ia ringkas, sedikit demi sedikit anda akan mendapat idea dan kemudian anda boleh jadikan ia nama kedai anda. Contohnya, Lot.my adalah perniagaan mengenai kedai online, dalam kata pendeknya, memberi servis atau ruang untuk peniaga membuka kedai online. (Ruang boleh juga dipanggil dalam kata lainnya, Lot)

Pastikan ia mudah di sebut. Kedai anda akan bakal mempunyai banyak pelanggan. Lebih-lebih lagi jika anda berniaga produk ke antarabangsa. Jadi anda perlu bijak memilih nama yang sesuai dan mudah di sebut oleh segenap lapiasan masyarakat. Jika boleh, gunakan bahasa global atau bahasa yang di gunakan majority masyarakat dunia. Jika anda mempunyai target hanya pasaran tempatan, tidak salah anda menggunakan bahasa tempatan sebagai nama.

Lihat pesaing anda. Anda juga perlu pertimbangkan nama produk pesaing anda. Anda mungkin boleh menggunakan strategi menamakan kedai yang hampir sama dengan pesaing anda. Objektifnya apabila pelanggan menyebut kedai pesaing mereka akan terfikirkan juga nama kedai anda, tetapi pastikan ada sesuatu yang lain dapat membezakan anda dari pesaing.

1 comments:

ummi on November 14, 2011 at 3:13 PM said...

Salam,
Contohnya http://alquran.lot.my
4 dalam 1

Post a Comment