ad

Sunday, October 7, 2012


Bahagian 3 ( Membina Kedai Online)

0 comments
Sebelum ini, dalam entry "Langkah Pertama Untuk Membuka Kedai Online", saya telah menerangkan Bahagian 1 dan 2.
Untuk Bahagian 3 ini, saya akan menerangkan kepada anda langkah seterusnya dalam membina kedai online bersama Lot.my.
Password dan Login
  • Untuk mendapatkan password Kedai Online, anda perlu membuka email anda terdahulu.
  • Di inbox email, anda akan menerima message dari Lot.my.
  • Klik pada message tersebut dan lihat password yang telah diberikan kepada anda.
  • Ambil password tersebut, kemudian tuliskan di ruangan password
  • Kemudian klik pada butang login. Lihat gambarajah 1.1.4.
Gambarajah 1.1.4

3) Memasuki Ruangan Pejabat Kedai Online

Admin Panel

  • Kini anda telah memasuki ruangan Admin Panel atau dikenali sebagai Ruangan Pejabat. Lihat gambarajah 1.2.1
Gambarajah 1.2.1

  • Bagi kali pertama yang baru membuka Kedai Online, anda akan nampak Kotak Berwarna Kuning dan di dalamnya mempunyai tiga langkah.
  • Anda perlu klik pada langkah pertama, iaitu (Complete your account’s details).
  • Sila klik pada perkataan here.

My Account

  • Kemudian anda akan masuk ke halaman My Account. Lihat gambarajah 1.2.2
Gambarajah 1.2.2
  • Disini anda perlu memasuki nama anda dan anda juga boleh meletakkan password yang baru jika anda mahu.
  • Masukkan nama di ruangan First Name dan Last Name.
  • Masukkan password baru jika anda mahu pada ruangan Password dan Confirm.
  • Diruangan Status, anda perlu klik ON.
  • Setelah selesai, anda perlu klik pada butang SAVE, dibahagian kanan atas.

**PERINGATAN
  • Setiap data yang telah diisi, anda perlu ingat untuk klik pada butang SAVE. Jika tidak data tersebut akan HILANG.

Friday, October 5, 2012


Temubual Bersama Anaboutique.lot.my

0 comments


Nama penuh                        : Nik Farhana Binti Abd Malik
Tarikh Lahir                         : 19 Julai 1984
Tempat Lahir                       : Husm, Kubang Kerian, Kelantan
Kelulusan Akademik         : Diploma Pertanian
E-Mail                           : anaboutique01@gmail.com

Cik Nik Farhana seorang Penolong Pegawai Pertanian mula berniaga secara online pada April 2011. Beliau menjadikan perniagaan secara online ini sebagai sumber pendapatan sampingan beliau. Dalam masa yang sama, beliau masih seorang pelajar dengan menyambung pelajarannya pada peringkat ijazah dalam bidang Sains pertanian. Berikut adalah antara soalan-soalan yang sempat kami tanyakan pada beliau.

Bila mula berniaga dengan Lot.my?
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menemubual saya. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada Lot.my kerana telah menyediakan peluang untuk individu-individu seperti saya untuk mempunyai perniagaan sendiri. Berbalik pada soalan tadi, saya telah mula berniaga dengan Lot.my pada 11 April 2011 dengan nama www.anaboutique.lot.my. Sekarang saya telah menggunakan nama domain www.anaboutiquecollection.com .

Produk atau perkhidmatan apa yang  ditawarkan?
Saya menjual produk untuk seisi keluarga yang lebih berkonsepkan ibu dan anak.  Saya juga menjual tudung dan baju untuk wanita. Produk yang saya tawarkan lebih kepada keperluan dan fesyen untuk wanita.

Apakah teknik pemasaran yang anda gunakan untuk mempromosikan kedai online?
Saya menggunakan pelbagai jenis strategi untuk mengiklankan produk saya. Antaranya ialah melalui blogspot, facebook fanpage, iklan percuma, mudah.my dan google adword. Teknik pemasaran sangat penting untuk meningkatkan jualan produk dan memperkenalkan kedai online kita kepada pelanggan.

Adakah anda juga berniaga secara offline?
Pada peringkat awal saya berniaga secara offline kepada kawan-kawan sepejabat dan kemudian luaskan secara online menerusi facebook fan page sebelum saya mengenali dengan  Lot.my.

Adakah anda memang mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan?
Sebenarnya, saya memang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan ini. Tapi, atas minat yang mendalam dalam perniagaan yang mendorong saya menceburi bidang ini. Sewaktu belajar di universiti, saya sering mengisi masa lapang semasa cuti semester dengan membantu sahabat karib saya berniaga dan dari situ minat untuk berniaga mula timbul.  Saya mengutarakan pendapat saya untuk berniaga kepada keluarga saya, namun mereka menganggap hanya impian semata-mata memandangkan keluarga saya semua bekerja makan gaji dengan kerajaan. Namun, oleh sebab minat, saya tetap meneruskan minat saya dengan berniaga dan keluarga saya mula membuka mata dan lebih bersikap terbuka apabila jualan saya menunjukkan hasil yang memberansangkan.

Adakah sistem Lot.my dapat membantu anda menguruskan kedai online anda?
Ya, sistem Lot.my banyak membantu saya dalam pengurusan kedai online saya. Bagi mereka yang masih baru berjinak-jinak dengan perniagaan online, saya syorkan mereka mencuba Lot.my yang ternyata amat mudah untuk diuruskan.

Jika rakan anda berminat untuk menceburi bidang perniagaan online, adakah anda akan memperkenalkan mereka dengan Lot.my?
Ya, sudah tentu. Saya memang  sudah memperkenalkan kepada kawan saya yang berminat dalam perniagaan online untuk mencuba Lot.my.


Apakah sebenarnya yang membuatkan anda cenderung untuk menjalankan perniagaan online bersama Lot.my?         
Saya amat berminat dalam perniagaan namun saya terpaksa membahagi sebaik mungkin masa antara belajar, bekerja dan berniaga, Dengan sistem yang lot.my sediakan telah banyak kemudahan membantu mengurangkan masa dan memudahkan saya menguruskan kedai.

Kata-kata motivasi anda untuk bakal-bakal usahawan.
Setiap dugaan dan rintangan yang dihadapi dalam mengusahakan sesebuah perniagaan adalah merupakan asam garam rencah perniagaan. Setiap dugaan itu merupakan satu pergorbanan yang harus dibayar untuk mencapai satu kejayaan di masa hadapan. Setiap pandangan dan kritikan sinis orang sekeliling sepatutnya dijadikan semangat untuk kita terus maju. Jangan salahkan mereka, anggaplah mereka masih  mentah dan ini akan memberi peluang yang lebih untuk kita  mencapai kejayaan.


Kesimpulan
Melalui temubual yang telah dijalankan bersama Cik Nik Farhana, anda boleh jadikan beliau sebagai contoh usahawan yang berjaya kerana mampu memperolehi pendapatan sampingan hanya dengan menjalankan perniagaan secara online. Anda perlu menerapkan semangat dan rajin berusaha dalam diri masing-masing untuk memastikan anda juga boleh berjaya seperti beliau. 

Gambar Kedai

Bestseller Products
      Plain Phasmina ( Apple green )

  
ENGLISH COTTON + BROOCH











Wednesday, October 3, 2012


BUAT DUIT SECARA ONLINE

0 comments
Lot.my akan menjalankan kursus tentang perniagaan online selama 3 hari iaitu pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Kursus ini  bertujuan untuk melatih anda dalam membina kedai online dengan menggunakan medium yang tepat. Teknik pemasaran yang paling berkesan dan paling efektif akan diajar kepada peserta kursus. Berikut merupakan agenda program yang akan dijalankan selama kursus ini berlangsung. Tarikh kursus ialah pada :-
24,25 dan 26hb November 2012.

Untuk mendaftar, anda boleh menghubungi:

Ramdan : 019-296 7063
Zari         : 017-739 6955
Saiful      : 017-338 4660

Jadual Kursus Kedai Online
Hari Pertama
Masa
 Program

8.30 a.m-9.30 a.m

Pendaftaran peserta

9.30 a.m- 10.00 a.m

 Pembukaan akaun emel

10.00 a.m-10.45 a.m

 Pendaftaran kedai  online
  • Daftar
  • Meletakkan nama kedai online

10.45 a.m-1.00 p.m

Setting untuk kedai
  •       Memasuki Ruangan Pejabat Kedai Online
  •            Tetapan Kedai Dan Rekabentuk Kedai
  •           Memasukkan Produk


1.00 p.m-2.00 p.m

Makan tengahari dan solat


2.00 p.m-3.00 p.m

Setting untuk kedai
  •        Mewujudkan Kategori
  •       Sepadankan Produk Dengan Kategori
  •        Coupon


3.00-4.30 petang

Setting untuk kedai
  • Shipping/Penghantaran
  • Payment/Pembayaran
  • Side Module
  • Static Page


4.30-5.00 petang

Minum petang

5.00-6.00 petang

Cara Membuat Pembelian
  • Mempelajari transaksi pembelian
  • Mempelajari butiran tempahan

Hari Kedua
Masa
Program

9.30 a.m – 1.00 p.m
 Membuat ulang kaji semula kedai online

  •  Ada ujian untuk menguji tahap kemahiran peserta menguruskan kedai online


1.00 p.m – 2.00 p.m

Makan tengahari dan solat

2.00 p.m - 4.30 p.m
Belajar  strategi pemasaran melalui blog

  •  Pendaftaran Blog 
  • Cara-cara membuat artikel yang efektif
  • Memasukkan gambar dan video Mencantikkan blog


4.30 p.m – 5.00 p.m

Minum petang

5.00 p.m – 6.00 p.m
  • Belajar cara untuk hubungkan blog dengan kedai online
  • Penerangan tentang teknik pemasaran melalui blog

Hari Ketiga
Masa
Program

9.30 a.m – 10.30 a.m

             Pemeriksaan semula kedai online dan blog

10.30 a.m – 1.00 p.m

Pembukaan Facebook Fanpage

1.00 pm – 2.00  p.m

              Makan tengahari dan solat

2.00 p.m – 4.30 p.m

  • Cara-cara untuk menggunakan Facebook  Fanpage
  • Memasukkan gambar dan video
  • Mencantikkan Facebook


5.00 p.m – 6.00 p.m
  • Belajar cara untuk hubungkan Facebook Fanpage dengan kedai 
  • Penerangan tentang teknik pemasaran melalui facebook  Fanpage


Tuesday, October 2, 2012


Langkah Pertama Untuk Membuka Kedai Online

0 comments
Bahagian 1

1) Pertama sekali anda perlu mewujudkan akaun email anda.

Layari Website
Create an Account
  • Kemudian klik pada “Create an Account”, ianya disebelah kanan atas.
Lengkapkan butiran
  • Disini anda perlu melengkapkan butiran diri anda terdahulu.
Email Siap
  • Setelah siap maklumat diri, anda boleh mendaftar dengan Kedai Online.

2) Daftar Kedai Online bersama Lot.my

Daftar Kedai Online
  • Untuk daftar Kedai Online, anda perlu pergi ke laman web Lot.my iaitu, www.lot.my 
  • Kemudian anda perlu klik pada butang berwarna hijau (Free Sign-up Now)
      Lihat gambarajah 1.1.1

Gambarajah 1.1.1
Bahagian 2
Nama Domain
  • Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman Pilihan Nama Kedai Online anda. Lihat gambarajah 1.1.2.
  • Di bahagian Store Address anda perlu meletakkan nama kedai online yang anda mahukan dan masukkan email anda di ruangan E-mail.

                                    Gambarajah 1.1.2
**PERINGATAN
Nama Kedai Online anda perlu unik dan mudah diingati.
  • nama pendek
  • senang diingat
  • mudah disebut
  • mudah dieja
Contoh Nama Kedai: Danko, Butikemas, Jersibola, Jewelery
  • Kemudian, anda perlu klik pada butang berwarna hijau (Sign-up and start selling)
  • Kini anda telah berjaya membuka Kedai Online anda.
  • Sila klik pada butang hijau (Login and start selling now) Lihat gambarajah 1.1.3
                                        Gambarajah 1.1.3

Monday, October 1, 2012


Temu Bual Bersama: Successmall.lot.my.

0 comments
Nama penuh                         : Al Bakri Mohammad @ Ahmad
Tarikh lahir                            : 5hb. April 1970
Tempat lahir                          : Hospital Besar Melaka
Kelulusan akademik           : Sarjana Pengurusan Maklumat
E-Mail Pejabat                       Albakri@johor.uitm.edu.my
Blog Peribadi                        : http://albakri88.wordpress.com

Encik Al-Bakri seorang pensyarah di UiTM mula berkecimpung dalam dunia perniagaan online pada bulan Mac 2012. Beliau menjadikan perniagaan online sebagai sumber pendapatan sampingan beliau. Pihak kami sempat menemubual beliau untuk mengetahui pengalaman beliau dalam menggunakan portal Lot.my. Di bawah ini adalah antara soalan-soalan yang ditanya kepada beliau.

Bila mula berniaga dengan Lot.my?
Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Lot.my kerana telah menyediakan satu platform berniaga atas talian kepada saya dan ramai lagi “kaki online” untuk menjual produk dan jualan mereka secara online dengan mudah dan bersistematik di Lot.my. Saya mula berjinak-jinak berniaga dan menjual produk saya di lot.my pada bulan Mac 2012.

Produk atau perkhidmatan yang  ditawarkan?
Saya menjual bahan-bahan ilmiah seperti buku dan majalah serta beberapa produk kesihatan di www.successmall.lot.my.

Apakah teknik pemasaran yang digunakan untuk mempromosikan kedai online?
Untuk pemasaran secara online, saya menggunakan tiga strategi utama yang terbukti berkesan iaitu Blog (albakri88.wordpress.com), Minisite (www.alquranterlaris.com) dan Facebook (http://www.facebook.com/successmall)

Adakah anda memang mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan?
Kepakaran & Ilmu dalam bidang keusahawanan dan perniagaan itu amat penting. Justeru itu saya sentiasa menghadiri banyak seminar yang di anjurkan oleh pelbagai pihak. Pihak MARA sendiri banyak menganjurkan seminar keusahawanan disamping seminar berbayar untuk kita mendalami ilmu perniagaan ini dengan lebih mantap.


Adakah sistem Lot.my dapat membantu anda 
menguruskan kedai online anda?
Sistem Lot.My telah menyediakan kemudahan dari shopping cart hingga ke pembayaran. Sistem yang disediakannya amat mudah untuk sesiapa sahaja yang ingin menguruskan perniagaan secara atas talian. inilah sistem yang sebenarnya bersifat e-commerce. 

Jika rakan anda berminat untuk menceburi bidang perniagaan online, adakah anda akan memperkenalkan mereka dengan Lot.my?
Semestinya saya mensyorkan serta memperkenalkan kepada rakan dan sesiapa sahaja yang ingin menjual produk mereka secara online untuk menggunakan perkhidmatan lot.my kerana ianya mudah dan terbukti berkesan. Lihatlah hasil saya yang mampu menjana keuntungan purata rm5000 sebulan hanya secara online di Lot.my.

Apakah sebenarnya yang membuatkan anda cenderung untuk menjalankan perniagaan online bersama Lot.my?   

Sebenarnya saya pernah ditipu oleh seorang rakan yang kononnya mampu membuat satu sistem e-commerce dengan bayaran rm3000. Namun setelah 3 bulan beliau tidak mampu menyiapkan sistem yang dijanjikan dan terus hilang begitu sahaja, Namun syukur saya bertemu sistem shopping cart Lot.my yang murah, mudah dan berkesan. Ini kerana saya memerlukan satu sistem yag dapat mempamerkan produk buku dan majalah saya yang banyak dan perlu dikelaskan mengikut kategori di samping sistem pengurusan tempahan dan bayaran yang sistematik. Semua apa yang saya inginkan itu sudah pun ada dan  tersedia di Lot.my. Justeru itu, tanpa was-was saya memilih sistem online yang disediakan oleh Lot.my. Terima kasih kepada team Lot.my yang telah menyediakan platform untuk saya berniaga di Internet. kesemua faktor di ataslah mendorong saya penuh yakin hingga kini bersama Lot.my.


Kata-kata motivasi anda untuk bakal-bakal usahawan.
Saya sering mengingatkan rakan-rakan yang ingin menyertai perniagaan secara online agar sentiasa menimba ilmu dengan mereka yang pakar dalam bidang ini. Sentiasa sabar dan jangan mudah putus asa. Ramai yang gagal kerena tidak rajin belajar daripada mereka yang telah terbukti telah kaya dan berjaya.

Jika tidak keberatan, boleh kami tahu berapakah income bulanan encik?
Perniagaan online ini saya jalankan secara sambilan sahaja namun mampu memberi pendapatan tambahan saya purata sebanyak RM5,000 sebulan. 

GAMBAR KEDAI



Bestseller products
Pen Digital Al-Quran







 MP3 Doa Haji & Umrah