Nama
penuh : Nik Farhana Binti Abd
Malik
Tarikh
Lahir : 19 Julai 1984
Tempat
Lahir : Husm, Kubang Kerian, Kelantan
Kelulusan
Akademik : Diploma Pertanian
E-Mail : anaboutique01@gmail.com
Cik
Nik Farhana seorang Penolong Pegawai Pertanian mula berniaga secara online pada
April 2011. Beliau menjadikan perniagaan secara online ini sebagai sumber
pendapatan sampingan beliau. Dalam masa yang sama, beliau masih seorang pelajar
dengan menyambung pelajarannya pada peringkat ijazah dalam bidang Sains
pertanian. Berikut adalah antara soalan-soalan yang sempat kami tanyakan pada
beliau.
Bila mula berniaga
dengan Lot.my?
Terima
kasih saya ucapkan kerana sudi menemubual saya. Tidak lupa juga ucapan tahniah
kepada Lot.my kerana telah menyediakan peluang untuk individu-individu seperti
saya untuk mempunyai perniagaan sendiri. Berbalik pada soalan tadi, saya telah mula
berniaga dengan Lot.my pada 11 April 2011 dengan nama www.anaboutique.lot.my. Sekarang saya
telah menggunakan nama domain www.anaboutiquecollection.com
.
Produk atau perkhidmatan
apa yang ditawarkan?
Saya
menjual produk untuk seisi keluarga yang lebih berkonsepkan ibu dan anak. Saya juga menjual tudung dan baju untuk
wanita. Produk yang saya tawarkan lebih kepada keperluan dan fesyen untuk
wanita.
Apakah teknik pemasaran
yang anda gunakan untuk mempromosikan kedai online?
Saya
menggunakan pelbagai jenis strategi untuk mengiklankan produk saya. Antaranya
ialah melalui blogspot, facebook fanpage, iklan percuma, mudah.my dan google
adword. Teknik pemasaran sangat penting untuk meningkatkan jualan produk dan
memperkenalkan kedai online kita kepada pelanggan.
Adakah anda juga
berniaga secara offline?
Pada
peringkat awal saya berniaga secara offline kepada kawan-kawan sepejabat dan
kemudian luaskan secara online menerusi facebook fan page sebelum saya
mengenali dengan Lot.my.
Adakah anda memang
mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan?
Sebenarnya,
saya memang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan ini. Tapi, atas
minat yang mendalam dalam perniagaan yang mendorong saya menceburi bidang ini. Sewaktu
belajar di universiti, saya sering mengisi masa lapang semasa cuti semester
dengan membantu sahabat karib saya berniaga dan dari situ minat untuk berniaga
mula timbul. Saya mengutarakan pendapat
saya untuk berniaga kepada keluarga saya, namun mereka menganggap hanya impian
semata-mata memandangkan keluarga saya semua bekerja makan gaji dengan
kerajaan. Namun, oleh sebab minat, saya tetap meneruskan minat saya dengan
berniaga dan keluarga saya mula membuka mata dan lebih bersikap terbuka apabila
jualan saya menunjukkan hasil yang memberansangkan.
Adakah sistem Lot.my dapat membantu anda
menguruskan kedai online anda?
Ya, sistem Lot.my
banyak membantu saya dalam pengurusan kedai online saya. Bagi mereka yang masih baru berjinak-jinak dengan perniagaan online, saya syorkan mereka mencuba Lot.my yang ternyata amat mudah untuk diuruskan.
Jika rakan anda berminat untuk menceburi
bidang perniagaan online, adakah anda akan memperkenalkan mereka
dengan Lot.my?
Ya, sudah tentu. Saya memang sudah memperkenalkan kepada kawan saya yang
berminat dalam perniagaan online untuk mencuba Lot.my.
Apakah sebenarnya yang membuatkan anda
cenderung untuk menjalankan perniagaan online bersama Lot.my?
Saya amat berminat
dalam perniagaan namun saya terpaksa membahagi sebaik mungkin masa antara
belajar, bekerja dan berniaga, Dengan sistem yang lot.my sediakan telah banyak kemudahan membantu mengurangkan masa dan memudahkan saya menguruskan kedai.
Kata-kata motivasi anda
untuk bakal-bakal usahawan.
Setiap
dugaan dan rintangan yang dihadapi dalam mengusahakan sesebuah perniagaan
adalah merupakan asam garam rencah perniagaan. Setiap dugaan itu merupakan satu pergorbanan
yang harus dibayar untuk mencapai satu kejayaan di masa hadapan. Setiap
pandangan dan kritikan sinis orang sekeliling sepatutnya dijadikan semangat
untuk kita terus maju. Jangan salahkan mereka, anggaplah mereka masih mentah dan ini akan memberi peluang yang
lebih untuk kita mencapai kejayaan.
Kesimpulan
Melalui
temubual yang telah dijalankan bersama Cik Nik Farhana, anda boleh jadikan
beliau sebagai contoh usahawan yang berjaya kerana mampu memperolehi pendapatan
sampingan hanya dengan menjalankan perniagaan secara online. Anda perlu
menerapkan semangat dan rajin berusaha dalam diri masing-masing untuk
memastikan anda juga boleh berjaya seperti beliau.
Gambar Kedai
Bestseller Products
Plain Phasmina ( Apple green )
|
ENGLISH COTTON + BROOCH |