ad

Wednesday, September 12, 2012


Bahagian 8: Ciri-Ciri Yang Ada Di Kedai Online

0 comments

Di sini saya akan menerangkan tentang  ciri-ciri yang ada pada kedai online iaitu portal Lot.my secara ringkas. Antara ciri-cirinya ialah :-


1.    Mudah
Lot.my dibangunkan supaya mudah digunakan walaupun oleh pengguna yang tiada kemahiran IT yang tinggi. Untuk memulakan kedai online, usahawan hanya perlu daftar, pilih rekabentuk kedai dan iklankan produk.

2.    Bebas
Dengan Tema-Tema yang disediakan, anda boleh menukar paparan kedai online dengan mudah, Setiap modul juga boleh disembunyikan atau dipaparkan mengikut ciatarasa pemilik kedai Lot.my.

3.    Cantik
Beratus-ratus Latar Belakang yang cantik disediakan. Anda hanya perlu membuat pilihan yang sesuai, mengikut kesesuaian untuk dipadankan dengan tema kedai dan produk. Anda juga boleh memasukkan logo atau banner sendiri.

4.    Pantas
Tiada pembelian domain, konfigurasi server, muatturun perisian, atau apa jua keperluan kompleks lain untuk menggunakan Lot.my. Lot.my dihostkan berasaskan web dan pendaftaran boleh dibuat dalam 5 minit sahaja di www.lot.my.

5.    Percuma
Tidak perlu risau tentang kos yang tinggi, kerana Lot.my adalah percuma. Tanpa membayar 1 sen pun, anda boleh membuka kedai online sendiri dan mula menjual dengan serta merta. Jika inginkan feature-feature tambahan, hanya caj yang murah dikenakan.

             6.    Domain Khas
Setiap kedai online di Lot.my mendapat alamat khas seperti danko.lot.my, swatchstore.lot.my, secretgarden.lot.my dan boboiboy.lot.my. Domain Lot.my dibuka untuk pendaftaran kepada sesiapa sahaja yang berminat membuka kedai online.

7.    Selamat
Setiap pemilik kedai akan mempunyai ruang operasi yang selamat. Hanya pemilik kedai yang boleh mengakses ruang operasi kedainya sendiri. Lot.my dibantu oleh sistem sekuriti yang tinggi dan sistem pembayaran yang selamat.

8.    Bantuan Sokongan
Lot.my sangat mudah digunakan. Namun, jika perlu, kami akan membantu untuk selesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Kami boleh dihubungi pada bila-bila masa melalui tanya@lot.my

9.    Analisa
Lot.my membolehkan anda untuk membuat analisa dengan melihat pelbagai statistik, seperti kehadiran harian pelawat, populariti produk, dan rekod jualan.

10.    Efektif dan Efisyen
Lot.my memudahkan anda untuk membina perniagaan secara efektif dan efisyen dengan sistem yang pengurusan jualan yang teratur.

11.    BebasSistem yang Lengkap
Lot.my menawarkan sistem e-dagang lengkap yang merangkumi fungsi-fungsi utama perniagaan seperti:
    • Sistem Katalog
    • Sistem Pemasaran
    • Sistem Inventori
    • Sistem Bayaran
    • Sistem Dokumentasi
    • Sistem Perhubungan Pelanggan

Sunday, September 9, 2012


Bahagian 7: Kenapa Kedai Online?

0 comments

Ramai yang tertanya-tanya mengapa perlu memilih kedai online sebagai platform untuk memulakan perniagaan? Mungkin terdapat kebanyakan bakal peniaga ingin menubuhkan perniagaan dengan mempunyai sebuah syarikat sekurang-kurangnya.

a) Kos Permulaan Yang Rendah
Kos permulaan yang rendah merupakan alasan utama kenapa anda perlu memilih kedai online dalam memulakan perniagaan. Risiko yang dihadapi juga rendah kerana tidak melibatkan kos permulaan yang tinggi.

Jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi. Ini kerana setiap perniagaan konvensional memerlukan pekerja, alatan pejabat, menyediakan stok barangan dan pelbagai lagi. Ia   memerlukan kos permulaan yang besar berbanding jika anda membuka perniagaan di internet.

b) Saluran Pendapatan Baru
Dengan memilih kedai online ini, penjual dapat mencari satu saluran pendapatan yang baru sama ada secara tetap atau sampingan. Terdapat ramai juga pelanggan Lot.my yang terdiri daripada mereka yang sudah mempunyai pekerjaan tetap ataupun perniagaan sendiri.

c) Operasi Sepanjang Masa, Tanpa Sempadan
Perniagaan online juga adalah tidak terhad. Pembeli mempunyai masa selama 24 jam untuk membuat tempahan produk atau perkhidmatan. Penjual dapat menjalankan perniagaan pada bila-bila masa mengikut pilihan sendiri berbanding dengan perniagaan konvensional.

Selain daripada itu, kedai online ini boleh dilihat oleh serata dunia kerana ia merupakan perniagaan internet. Produk yang diletakkan di kedai online ini mampu dilihat dimana-mana negara jika ianya dilakukan secara strategik.

d) Personal Coaching Juga Disediakan
Jika anda tidak mengenali dunia internet dan menganggap ianya susah untuk dipelajari, kini anda boleh belajar segalanya dengan mudah. Bagaimana? Disini kami menyediakan sesi pembelajaran untuk anda memulakan langkah pertama didalam perniagaan internet.

Personal coaching merupakan kelas pembelajaran secara 1-to-1, dimana anda akan mempunyai kelas khas dengan tenaga pengajar kami. Di kelas ini, anda akan mempelajari cara membuka kedai online dan cara pemasaran di internet.

Thursday, September 6, 2012


Bahagian 6: Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Peniaga

4 comments
Terdapat beberapa masalah utama yang sering menjadi penghalang kepada peniaga untuk membuka kedai online. Oleh itu, di sini saya nyatakan dengan lebih jelas beberapa masalah peniaga.


a) Tiada Kepakaran Teknikal Untuk Membuka Kedai Online
   Sebagai contoh, terdapat salah seorang peserta kursus sewaktu seminar yang diadakan oleh Lot.my yang juga menghadapi masalah ini. Beliau yang berasal daripada Kedah telah mengemukakan soalan sewaktu seminar tersebut bahawa beliau tidak memahami langsung apa yang telah diberitahu sepanjang sesi seminar itu berlangsung. Lalu, tenaga pengajar menghampiri beliau untuk mengetahui masalah sebenar beliau.  Tenaga pengajar meminta beliau membuka laptop yang kelihatan masih baru dan membuka laman web Lot.my.

   Tenaga pengajar bertanyakan sama ada beliau mempunyai e-mel atau tidak. Beliau menggelengkan kepala, lalu tenaga pengajar membantu untuk membuat e-mel untuk beliau. Apabila tenaga pengajar meminta untuk menekan butang ‘ENTER’ pada laptopnya, beliau seperti teragak-agak untuk menekannya. Beliau tidak mengetahui langsung dimana letaknya butang ‘ENTER’. Daripada situ, barulah tenaga pengajar dapat mengetahui masalah peserta tersebut yang tidak mempunyai kepakaran langsung mengenai komputer.

   Tenaga pengajar meminta beliau mempelajari tentang kedai online melalui laman web Lot.my. Tenaga pengajar hanya memberikan tunjuk ajar secara asas pada mulanya. Selepas dua bulan, beliau berjumpa dengan tenaga pengajar dengan mengucapkan terima kasih kerana memperkenalkan beliau dengan Lot.my. Atas usaha beliau sendiri dan sistem Lot.my yang mudah dan ringkas, sekarang beliau  sudah mempunyai kedai online sendiri.

b) Tidak Tahu Membuat Pemasaran Online
   Masalah ini sering berlaku kepada peniaga online yang tidak tahu untuk mempromosikan kedai online mereka. Kebanyakan mereka tidak mempunyai kepakaran dalam menggunakan blog, facebook fanpage, dan mailing list. Kewujudan medium-medium yang penulis sebutkan tadi sangatlah penting untuk membantu peniaga meningkatkan pembeli yang menggunakan kedai online mereka.

   Sebagai contoh, seorang peserta kursus Lot.my telah membuat kedai online beliau sendiri. Setelah hampir dua bulan, produk beliau masih tidak ditempah oleh sesiapa. Lalu, beliau datang ke pejabat Lot.my untuk memberitahu masalah beliau. Setelah dikenalpasti, masalah beliau ialah tidak mempunyai kemahiran untuk membuat pemasaran online.

   Tenaga pengajar di Lot.my telah memberikan tunjuk ajar dalam membuat blog dan facebook fanpage. Beliau mula membuat promosi tentang kedai online beliau di blog dan facebook fanpage. Dalam masa hanya dua ke tiga hari, sudah ada pesanan yang dibuat di kedai online beliau.

c) Tidak Tahu Apa Yang Hendak Dijual?
   Pernah ada seorang pelanggan Lot.my yang menghadapi masalah ini. Namanya Cik Rohaya yang berasal dari Kuala Lumpur. Beliau sudah mempunyai kedai online sendiri, namun masih tidak tahu produk apa yang harus dijual. Beliau datang ke pejabat Lot.my untuk meminta cadangan tentang produk yang ingin dijual. Tenaga pengajar di Lot.my telah membuat senarai semak tentang minat Cik Rohaya. Cik Rohaya memberitahu bahawa beliau sangat berminat dalam bidang fesyen. Tenaga pengajar Lot.my  mencadangkan siapa yang bakal menjadi sasaran pelanggan dalam perniagaan fesyen.

   Setelah membuat analisis, Cik Rohaya lebih berminat untuk mereka fesyen pakaian untuk wanita. Justeru, masalah Cik Rohaya dapat diselesaikan dengan menjual produk pakaian untuk wanita. Jadi, setiap perniagaan yang ditubuhkan perlu dikenalpasti dahulu apa produk yang hendak dijual. Produk yang hendak dijual hendaklah menepati minat kita supaya kita tidak mudah merasa bosan dengan kerja yang kita lakukan.




Wednesday, September 5, 2012


Bahagian 5: Pembukaan Portal Kedai Online

0 comments
Kini terdapat satu laman web dimana ia dipanggil Lot.my. Ramai orang telah menggunakan website ini sebagai platform untuk berniaga kerana ianya begitu mudah, pantas dan murah. Tanpa memerlukan kepakaran teknikal di dalam internet, anda boleh membuka perniagaan internet anda sendiri.

Kedai Online ini dilengkapi dengan sistem e-dagang yang membolehkan anda untuk membuat Kedai Online dalam masa 5 minit sahaja. Tambahan pula, sesiapa saja boleh berniaga di Lot.my kerana ia tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi.

Ciri-ciri yang terdapat di Kedai Online ini mudah difahami kerana semuanya telah disediakan. Anda hanya perlu klik untuk membuat pemilihan saja. Tidak perlu untuk memikir dengan lama dan tidak perlu lagi takut dengan perniagaan di internet.

Lot.my (Kedai Online) ini telah bermula sejak Januari 2010. Sehingga kini, Kedai Online ini telah mendapat sokongan yang banyak dari pengguna di Malaysia dan serba-sedikit telah membantu industri di negara kita. 

Monday, September 3, 2012


Bahagian 4: Tips Untuk Berniaga Di Internet

0 comments

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, anda mestilah mengetahui langkah-langkah yang perlu diikut untuk memastikan perniagaan anda berjaya. Begitu juga dengan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang paling utama perlu anda tahu untuk memulakan perniagaan.

           a) Mentor
Anda perlu mempunyai mentor atau sifu untuk membimbing anda menguruskan perniagaan sehingga berjaya. Menurut pandangan jutawan internet yang telah berjaya, mereka mempunyai mentor atau idola masing-masing yang dijadikan sumber inspirasi dalam perniagaan internet mereka. Berasaskan kepada kejayaan mentor, anda akan lebih yakin dan berani untuk menjalankan perniagaan dengan  lebih teratur dan bersemangat.

b) Rakan Bisnes
Anda perlu sentiasa bergaul dengan mereka yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bisnes. Anda perlu sentiasa mencari rakan-rakan yang berwawasan tinggi dan mempunyai masa depan yang cerah. Bukanlah maksudnya penulis hendak memperlekehkan orang tapi sekadar motivasi untuk anda. 

c) Persembahan
Anda memerlukan sekurang-kurangnya satu header untuk laman web anda dan e-cover bagi produk anda untuk kelihatan professional. Laman web yang menarik mampu mengembangkan perniagaan internet anda dengan cepat hanya dengan meletakkan beberapa grafik yang berkualiti di laman web anda.

Sunday, September 2, 2012


Bahagian 3: Kelebihan Perniagaan Internet

1 comments

Sudah tentu ramai pengguna dan peniaga yang ingin tahu apakah kelebihan perniagaan internet ini? Di sini, penulis nyatakan beberapa kelebihan perniagaan internet secara ringkas supaya lebih mudah difahami.

a) Modal permulaan yang rendah
Peniaga tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan seperti perniagaan konvensional. Apa yang paling penting dalam perniagaan online ialah idea, internet, dan laman web.

b) Menggantikan perniagaan konvensional
Perniagaan konvensional dilihat kurang efektif untuk pengguna masa kini yang tidak mempunyai masa untuk membeli-belah pada hujung minggu. Perniagaan internet dapat menggantikan perniagaan konvensional disebabkan kelebihannya yang lebih menguntungkan pelanggan.

Perniagaan internet sangat mudah tanpa perlu pergi ke pasaraya atau kedai-kedai untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan. Pengguna hanya perlu ‘klik’ tanpa membuang masa dan tenaga.

c) Mengurangkan kos
Kos pembelian dapat diminimumkan dengan membeli terus barangan daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen jualan atau orang tengah. Pembeli juga tidak perlu menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.

d) Pemasaran yang luas
Perniagaan internet memudahkan peniaga memasuki pasaran antarabangsa kerana hanya dengan mengakses internet, seluruh dunia dapat mengetahui perniagaan kita. Dengan jumlah pengguna internet yang berjuta-juta, perniagaan akan lebih mudah berkembang di samping mengaut keuntungan yang lumayan.

e) Cepat dan mudah
Membolehkan penjual menjual produk atau perkhidmatan mereka serta merta dan beroperasi selama 24 jam. Hal ini dapat membantu produk atau perkhidmatan dapat menembusi pasaran global secara cepat dan mudah.