ad

Friday, October 5, 2012


Temubual Bersama Anaboutique.lot.my



Nama penuh                        : Nik Farhana Binti Abd Malik
Tarikh Lahir                         : 19 Julai 1984
Tempat Lahir                       : Husm, Kubang Kerian, Kelantan
Kelulusan Akademik         : Diploma Pertanian
E-Mail                           : anaboutique01@gmail.com

Cik Nik Farhana seorang Penolong Pegawai Pertanian mula berniaga secara online pada April 2011. Beliau menjadikan perniagaan secara online ini sebagai sumber pendapatan sampingan beliau. Dalam masa yang sama, beliau masih seorang pelajar dengan menyambung pelajarannya pada peringkat ijazah dalam bidang Sains pertanian. Berikut adalah antara soalan-soalan yang sempat kami tanyakan pada beliau.

Bila mula berniaga dengan Lot.my?
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menemubual saya. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada Lot.my kerana telah menyediakan peluang untuk individu-individu seperti saya untuk mempunyai perniagaan sendiri. Berbalik pada soalan tadi, saya telah mula berniaga dengan Lot.my pada 11 April 2011 dengan nama www.anaboutique.lot.my. Sekarang saya telah menggunakan nama domain www.anaboutiquecollection.com .

Produk atau perkhidmatan apa yang  ditawarkan?
Saya menjual produk untuk seisi keluarga yang lebih berkonsepkan ibu dan anak.  Saya juga menjual tudung dan baju untuk wanita. Produk yang saya tawarkan lebih kepada keperluan dan fesyen untuk wanita.

Apakah teknik pemasaran yang anda gunakan untuk mempromosikan kedai online?
Saya menggunakan pelbagai jenis strategi untuk mengiklankan produk saya. Antaranya ialah melalui blogspot, facebook fanpage, iklan percuma, mudah.my dan google adword. Teknik pemasaran sangat penting untuk meningkatkan jualan produk dan memperkenalkan kedai online kita kepada pelanggan.

Adakah anda juga berniaga secara offline?
Pada peringkat awal saya berniaga secara offline kepada kawan-kawan sepejabat dan kemudian luaskan secara online menerusi facebook fan page sebelum saya mengenali dengan  Lot.my.

Adakah anda memang mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan?
Sebenarnya, saya memang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan ini. Tapi, atas minat yang mendalam dalam perniagaan yang mendorong saya menceburi bidang ini. Sewaktu belajar di universiti, saya sering mengisi masa lapang semasa cuti semester dengan membantu sahabat karib saya berniaga dan dari situ minat untuk berniaga mula timbul.  Saya mengutarakan pendapat saya untuk berniaga kepada keluarga saya, namun mereka menganggap hanya impian semata-mata memandangkan keluarga saya semua bekerja makan gaji dengan kerajaan. Namun, oleh sebab minat, saya tetap meneruskan minat saya dengan berniaga dan keluarga saya mula membuka mata dan lebih bersikap terbuka apabila jualan saya menunjukkan hasil yang memberansangkan.

Adakah sistem Lot.my dapat membantu anda menguruskan kedai online anda?
Ya, sistem Lot.my banyak membantu saya dalam pengurusan kedai online saya. Bagi mereka yang masih baru berjinak-jinak dengan perniagaan online, saya syorkan mereka mencuba Lot.my yang ternyata amat mudah untuk diuruskan.

Jika rakan anda berminat untuk menceburi bidang perniagaan online, adakah anda akan memperkenalkan mereka dengan Lot.my?
Ya, sudah tentu. Saya memang  sudah memperkenalkan kepada kawan saya yang berminat dalam perniagaan online untuk mencuba Lot.my.


Apakah sebenarnya yang membuatkan anda cenderung untuk menjalankan perniagaan online bersama Lot.my?         
Saya amat berminat dalam perniagaan namun saya terpaksa membahagi sebaik mungkin masa antara belajar, bekerja dan berniaga, Dengan sistem yang lot.my sediakan telah banyak kemudahan membantu mengurangkan masa dan memudahkan saya menguruskan kedai.

Kata-kata motivasi anda untuk bakal-bakal usahawan.
Setiap dugaan dan rintangan yang dihadapi dalam mengusahakan sesebuah perniagaan adalah merupakan asam garam rencah perniagaan. Setiap dugaan itu merupakan satu pergorbanan yang harus dibayar untuk mencapai satu kejayaan di masa hadapan. Setiap pandangan dan kritikan sinis orang sekeliling sepatutnya dijadikan semangat untuk kita terus maju. Jangan salahkan mereka, anggaplah mereka masih  mentah dan ini akan memberi peluang yang lebih untuk kita  mencapai kejayaan.


Kesimpulan
Melalui temubual yang telah dijalankan bersama Cik Nik Farhana, anda boleh jadikan beliau sebagai contoh usahawan yang berjaya kerana mampu memperolehi pendapatan sampingan hanya dengan menjalankan perniagaan secara online. Anda perlu menerapkan semangat dan rajin berusaha dalam diri masing-masing untuk memastikan anda juga boleh berjaya seperti beliau. 

Gambar Kedai

Bestseller Products
      Plain Phasmina ( Apple green )

  
ENGLISH COTTON + BROOCH











0 comments:

Post a Comment