ad

Sunday, September 2, 2012


Bahagian 3: Kelebihan Perniagaan Internet


Sudah tentu ramai pengguna dan peniaga yang ingin tahu apakah kelebihan perniagaan internet ini? Di sini, penulis nyatakan beberapa kelebihan perniagaan internet secara ringkas supaya lebih mudah difahami.

a) Modal permulaan yang rendah
Peniaga tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan seperti perniagaan konvensional. Apa yang paling penting dalam perniagaan online ialah idea, internet, dan laman web.

b) Menggantikan perniagaan konvensional
Perniagaan konvensional dilihat kurang efektif untuk pengguna masa kini yang tidak mempunyai masa untuk membeli-belah pada hujung minggu. Perniagaan internet dapat menggantikan perniagaan konvensional disebabkan kelebihannya yang lebih menguntungkan pelanggan.

Perniagaan internet sangat mudah tanpa perlu pergi ke pasaraya atau kedai-kedai untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan. Pengguna hanya perlu ‘klik’ tanpa membuang masa dan tenaga.

c) Mengurangkan kos
Kos pembelian dapat diminimumkan dengan membeli terus barangan daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen jualan atau orang tengah. Pembeli juga tidak perlu menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.

d) Pemasaran yang luas
Perniagaan internet memudahkan peniaga memasuki pasaran antarabangsa kerana hanya dengan mengakses internet, seluruh dunia dapat mengetahui perniagaan kita. Dengan jumlah pengguna internet yang berjuta-juta, perniagaan akan lebih mudah berkembang di samping mengaut keuntungan yang lumayan.

e) Cepat dan mudah
Membolehkan penjual menjual produk atau perkhidmatan mereka serta merta dan beroperasi selama 24 jam. Hal ini dapat membantu produk atau perkhidmatan dapat menembusi pasaran global secara cepat dan mudah.


1 comments:

Unknown on July 16, 2016 at 2:53 AM said...

Saya save ye

Post a Comment