ad

Tuesday, August 28, 2012


Bahagian 1: Pengenalan Kedai Online


Lot.my akan memperkenalkan buku kedai online dipasaran tidak lama lagi. Pasti ramai di luar sana sering mendengar tentang perniagaan internet. Ramai jutawan di luar sana yang lahir hanya dengan membuat perniagaan internet. Tahukah anda apa itu perniagaan internet?

Apa Itu Perniagaan Internet?
Perniagaan internet merupakan satu perniagaan yang menggunakan internet sebagai medium utama. Sekarang ini, ramai yang menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan utama.

Internet adalah satu medium yang cepat, mudah diakses, dan juga murah dari segi perbelanjaan untuk menjalankan satu perniagaan. Ini menjadikan perniagaan internet sesuatu yang sangat menarik oleh kerana risikonya yang teramat kecil berbanding jika seseorang itu membuka perniagaan konvensional.

Anda tidak memerlukan kedai yang besar di samping kos sewa yang tinggi pada setiap bulan. Perkara yang sangat penting dalam perniagaan internet ialah anda mesti mempunyai minat yang mendalam. Perniagaan internet, kerana sifatnya yang interaktif, dari segi memberi dan menerima respon dengan cepat, Hubungan pembeli dan penjual adalah secara langsung tanpa perlu bersua muka.

Kemudahan internet yang wujud di serata dunia memudahkan lagi untuk peniaga-peniaga mendapat tempat dalam pasaran. Perniagaan melalui internet mampu menyatukan pelanggan, penjual dan pembekal dalam satu medium yang sama dan selamat.

0 comments:

Post a Comment