ad

Tuesday, May 15, 2012


Beberapa Tips Untuk Membuat Contest Di Kedai Online Anda

Ikuti Target Pemasaran Anda

Setiap contest yang anda lancarkan mestilah mengikut target pemasaran yang spesifik. Anda mungkin mahu meningkatkan 'awareness' kepada produk anda, jadi anda perlu kumpul list prospek pelanggan yang berminat pada segmen produk yang spesifik.

Galakkan peserta untuk menggunakan channel laman sosial anda didalam contest. Ada banyak sebab yang untuk melancarkan contest, tetapi yang paling penting untuk anda adalah mengetahui apa yang anda mahu capai melalui kempen contest ini. 


Jadi Lebih Kreatif

Ini ialah bahagian yang paling menarik semasa membuat contest anda. Cuba buat contest yang kreatif supaya mudah dan menarik untuk disertai orang ramai. Antara idea yang boleh anda gunakan:

- Contest video menjemput pengguna untuk iklan baru produk anda sebagai syarat.
- Pengguna yang mengikuti contest mestilah di anugerahkan dengan pengalaman produk anda yang menarik
- Contest gambar yang berkaitan dengan produk dan servis anda
- Contest rekaan produk dengan hadiah yang lumayan

Contest anda boleh menjadi pendek dan diberikan hadiah yang tidak begitu lumayan. Cuba lihat dan contohi contest yang mendapat beribu penyertaan dan disertai sponsor yang besar.

Mengoptimumkan Channel Laman Sosial

Bahagian yang menarik mengenai contest online ini ialah untuk menjadikan ia viral, menggalakkan penyertaan, dan link ia kepada aktiviti laman sosial anda. Promosikan contest anda melalui Facebook, Twitter, blog syarikat anda dan channel laman sosial lain, juga dengan channel pemasaran tradisional lain seperti flyers, surat, brochure dan poster.

Cuba cari contest di Twitter untuk mencari peraduan yang sedang berlangsung sekarang. Contest yang terbaik biasa mendapat perkongsian sosial yang besar. Orang ramai suka bermain permainan dan contest sesama mereka dan kebanyakannya suka berkongsi peluang untuk memenangi hadiah bersama rakan-rakan dan keluarga. 

0 comments:

Post a Comment