ad

Tuesday, February 28, 2012


6 Tips Menggunakan Pinterest Untuk Perniagaan Anda


Salah satu laman sosial terkini yang telah menarik perhatian orang ramai ialah Pinterest. Ianya menjadi 'fenomena' semenjak kebelakangan ini, terutamanya melalui demografi wanita.

Kebanyakan wanita yang menggunakan laman sosial ini dengan tujuan untuk mencari idea-idea rekabentuk produk yang menarik. Dengan hanya memaparkan gambar di Pinterest Board anda, ia mampu menjadi penanda kepada kenalan-kenalan. Dengan Pinterest sahaja, anda mampu untuk membentuk hubungan sosial dengan orang ramai.

Pinterest mempunyai kira-kira 3.3 juta pengguna pada bulan Oktober 2011. Walaupun tidak ada sistem untuk pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk anda secara langsung di Pinterest. Bagi potensi pemasaran: imej Popular (dengan pautan kembali ke sumber asal) digunakan bagi menyebarkan kepada ratusan pengguna lain.

Berikut adalah sembilan cara untuk menarik perhatian orang ramai terhadap produk anda di Pinterest:

1. Luangkan Masa

Seperti rangkaian laman sosial lain, Pinterest.com memerlukan pelaburan dalam masa. Apabila orang lain mengenali anda dan perniagaan anda, mereka akan menyukai produk anda dengan baik. Jadi ambil masa untuk luangkan bersama pengguna di Pinterest, siapa tahu, ada ramai prospek anda disana, lebih-lebih lagi dalam pasaran fesyen.

2. Pastikan Ia Mudah

Keutamaan Pinterest adalah memberi kemudahan kepada pengguna. Setiap orang mempunyai "Board" di mana mempunyai digunakan untuk pin imej yang sama saiz. Seorang pengguna Pinterest, Hana Abaza, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WeddingRepublic.com, berkata Pinterest secara langsungnya telah meningkatkan keuntungan syarikatnya. Beliau melihat peningkatan sebanyak 75 peratus yang datangnya dari Pinterest. Jadi gunakan butang Pin It dan letakkan dilaman kedai anda untuk memudahkan pengguna berkongsi.

3. Pastikan Perniagaan Anda Bersesuaian

Tip ini mungkin jelas, tetapi kebanyakannya, Pinterest memenuhi keperluan untuk mereka yang mencari fesyen, resepi, hiasan bilik, dan kraftangan. Jika syarikat anda menjual 'makanan segera', ianya mungkin kurang bersesuaian. Label tenunan yang berkualiti, membuat tag untuk pakaian, tudung, shawl mungkin sesuai untuk Pinterest sebagai peragaan produk fesyen anda.

4. Menggunakan Rangkaian Sosial Lain Untuk Kebaikan

Benda yang baru selalunya pasti mendapat sambutan, tetapi rangkaian sosial yang sedia ada mempunyai satu kelebihan: bilangan pengguna yang besar. Jadi untuk mendapatkan perhatian dari pengguna, gunakan Tumblr dan Facebook untuk menunjukkan kepada pengguna sedia ada mengenai Pinterest anda.

5. Mengadakan Tema Pin Harian

Cipta pin setiap hari untuk mempromosikan jenama produk anda. Idea ini adalah untuk membawa 'slogan' atau 'identiti' perniagaan anda kepada orang ramai supaya ia diingati sentiasa. Galakkan pengguna untuk pin produk anda mengikut tema ayang anda sediakan.

6. Ikuti Nama-nama Besar

Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesedaran mengenai syarikat anda adalah mengikuti nama-nama besar di Pinterest (seperti selebriti/artis) Ini adalah kaedah yang telah terbukti pada Twitter: Apabila anda mengikuti angka yang popular, dan mereka akan mengikuti anda kembali, memudahkan perkongsian produk anda.

0 comments:

Post a Comment