ad

Tuesday, January 10, 2012


Apa cara yang sesuai untuk mempromosi produk anda pada tahun 2012 ini?


Pemasaran yang berkesan pada tahun-tahun yang lepas mungkin akan kurang berkesan untuk nnda pada tahun-tahun akan datang yang dilihat semakin menuju ke era telefon pintar dan media sosial.

Dibawah kami akan kongsikan beberapa idea untuk anda memasarkan produk selari dengan perubahan teknologi semasa telefon pintar. Idea-idea ini bukanlah baru, tetapi ia sudah pun dipraktikkan sejak tahun 2010 lagi, cuma ia dilihat akan lebih efektif untuk tahun 2012 dan tahun-tahun akan datang.

Pemasaran SMS

Beberapa pembekal SMS yang terkenal di US percaya bahawa mesej teks atau SMS adalah lebih efektif kerana ia 'menyentuh peribadi' pelanggan. Ini akan menjadi 'tool' pemasaran yang penting untuk tahun 2012 ini. Dijangkakan juga, syarikat-syarikat besar akan menggunakan pemasaran SMS untuk memahami kehendak dan trend pelanggan mereka.

Sebagai contoh, syarikat-syarikat ini akan menghantar SMS kepada senarai nombor telefon dengan menawarkan hadiah diskaun sebagai pertukaran untuk menjawab soalan survey seperti "Apakah lokasi percutian kegemaran anda?" Apabila pelanggan membalas SMS kembali, syarikat tersebut akan mengumpul data ini, dan akan mengetahui apa yang patut mereka tawarkan kepada pelangan ini pada tawaran yang akan datang.

Pemasaran SMS juga akan menjadi medium yang efektif untuk tawaran yang memberikan pembeli diskaun yang tinggi dalam jangka masa yang terhad (diskaun terhad). Ini adalah kelebihan untuk usahawan yang mempunyai produk dalam pelbagai jenis niche.

Persembahan Produk Yang Mesra Telefon Pintar

Terdapat ramai penduduk dunia yang memakai telefon pintar dan dijangka ia akan terus meningkat. Penggunaan telefon pintar untuk 'shopping secara online' di Malaysia yang sedang meningkat juga akan terus meningkat dengan ketara pada tahun 2012 ini.

Peniaga-peniaga online dinasihatkan untuk mengoptimasi laman web atau kedai online mereka untuk telefon pintar, terdapat juga beberapa tawaran yang tidak dapat dijalankan secara efektif seperti yang dilakkan di laman web versi penuh. (Cuba Lot.my)

2012 ini, kami akan cuba mengintegrasikan Lot.my dengan lebih baik untuk telefon pintar supaya setiap ciri-ciri edagang didalam komputer dapat diaplikasi dengan menyeluruh ditelefon pintar.

SMS ke Pemasaran Email

Email dan telefon pintar sememangnya sinonim, dan setiap pengguna pintar pasti akan menjadikan email sebagai komunikasi teks kedua selepas SMS. Jadi email boleh menjadi pemacu jualan yang penting pada tahun 2012 ini.

Pemasaran video

Video telah menjadi medium pemasaran yang penting untuk produk edagang sejak 4 tahun yang lalu, tetapi medium ini masih belum mencapai potensi sepenuhnya.

Pada 15 Disember yang lepas, ComScore, salah satu firma Analitik Internet yang terkenal, melaporkan bahawa kira-kira 183 juta pengguna Internet di Amerika telah dilihat menontoh lebih daripada 40 bilion video dalam bulan November 2011. Purata pengguna internet di Amerika Syarikat menonton lebih daripada 20 jam video untuk bulan tersebut. Pengguna jelas selesa dengan video diatas talian.

Video samada digunakan untuk mempromosikan produk atau menawarkan hiburan, kedua-duanya berpotensi menarik pelanggan baru. Ia memberikan pembeli lebih maklumat berkenaan produk. Apabila digunakan untuk hiburan, ia juga boleh membina hubungan, dan video-video hiburan amatlah suka dikongsi oleh pengguna internet di Malaysia yang berada di Facebook an Twitter.

Pada tahun-tahun akan datang, lebih banyak telefon pintar akan masuk ke pasaran, dan akan terus menjadi tekanan persaingan kepada semua usahawan dan pemasar dalam usaha mempromosikan produk mereka. Diharapkan, idea-idea yang dikongsikan diatas boleh membantu anda meningkatkan usaha pemasaran anda.

0 comments:

Post a Comment