ad

Wednesday, January 11, 2012


5 Tool Untuk Meningkatkan Produktiviti Perniagaan Anda Pada Tahun 2012

Mungkin agak klise untuk mengatakan perniagaan akan sentiasa berubah, tetapi walau bagaimanapun cara perniagaan berubah, ia akan tetap memberi kelebihan kepada industri edagang jika dipandang dari sudut positif. Amat bagus bagi pemilik perniagaan untuk lebih up to date kepada perubahan ini, lebih-lebih lagi perubahan dalam teknologi. Tidak rugi anda mengambil tahu, kerana ia boleh meningkatkan produktiviti perniagaan anda.

Dalam artikel ini, anda akan dapat mengenali 5 tool yang mempunyai potensi untuk meningkatkan produktiviti dan menambah keuntungan kepada perniagaan anda.

1. Get Satisfaction

GestSatisfaction ialah perkhidmatan maklum balas pelanggan yang membolehkan sesuatu perniagaan untuk mengurangkan kos customer support dan mengoptimumkan usaha pemasaran. Perkhidmatan ini juga membolehkan sesuatu laman web untuk meletakkan link "Maklum Balas" di laman web mereka dan menyediakan mekanisme untuk pelanggan-pelanggan untuk mengemukakan idea-idea, bertanya soalan, komen, dan maklumbalas.

GetSatisfaction membantu perniagaan mewujudkan komuniti pelanggan yang sebenar dan boleh membawa kepada lebih keuntungan perniagaan.

2. Fiverr

Fiverr ialah marketplace yang mempunyai pelbagai jenis servis dengan harga USD5. Fiverr memudahkan serta menjimatkan kos perniagaan, jika sesuatu perniagaan ingin mendapatkan apa saja servis yang dinginkan. Fiverr mempunyai pelbagai servis untuk didapati baik dari segi kreatif seperti reka bentuk laman web grafik, reka bentuk logo, kad perniagaan susun atur, dan malah juga servis pemasaran laman web.

3. UserTesting.com

Amazon.com memang terkenal sebagai laman edagang yang gemar untuk 'testing' untuk mendapatkan keuntungan yang banyak. Laman web eBay pula sentiasa dikemaskini dan diuji untuk memastikan pembeli boleh mencari produk dengan mudah.

UserTesting.com ialah tool penyelesaian kepada laman edagang anda yang menyediakan data interaksi pengguna yang akan membantu perniagaan membuat pilihan yang lebih baik mengenai reka bentuk laman edagang, susun atur shopping cart, atau struktur laman edagang itu sendiri, bagaimana ia dilihat sendiri dari mata pengunjung.

4. Dlvr.it

Pemasaran media sosial menjadi satu komponen penting dalam aktiviti promosi setiap perniagaan. Menurut seorang pakar media sosial, Dan Zarrella telah menunjukkan bahawa penyumbang trafik atau pengunjung kepada sesuatu laman edagang adalah melalui link atau pautan dari laman web lain.

Dlvr.it adalah perkhidmatan yang akan mengautomasikan posting Facebook dan Twitter perniagaan anda, mendapatkan link yang relevan dan link dari suapan RSS. Dlvr.it boleh membantu laman edagang anda meningkatkan populariti akaun media sosialnya melalui perkongsian link.

Dlvr.it membuatkan pemasaran media sosial lebih mudah, menyediakan satu cara automatik untuk posting, dan, dengan itu, menjadi penyokong usaha-usaha pemasaran dan membawa kepada keuntungan yang lebih kepada perniagaan.

5. Lot.my

Dan yang terakhir sekali, sudah tentu, untuk meningkatkan keuntungan jualan online anda serta menjimatkan masa dan kos, gunakan Lot.my. Lot.my adalah domain e-dagang yang dibina khusus untuk membina kedai online. Sistem Lot.my disokong dengan ciri-ciri e-dagang yang lengkap. Antara fungsi-fungsi utama dan ciri-ciri e-dagang yang ada dalam Lot.my adalah seperti berikut:

• Sistem Katalog
• Sistem Troli (Shopping Cart)
• Sistem Pemasaran
• Sistem Pembayaran
• Sistem Dokumentasi
• Sistem Komunikasi Pelanggan

Kekuatan Lot.my adalah dalam kesederhanaan. Sesiapa sahaja boleh membuka kedai online dalam masa kurang daripada 5 minit. Pengguna tidak perlu mempunyai ilmu IT yang banyak; tanpa membelanjakan wang yang banyak, mana-mana pengguna boleh membina kedai online yang lengkap. Lot.my membolehkan pengguna untuk menguruskan kedai mereka dengan mudah, dari menghias kedai, menguruskan tempahan pelanggan, sehingga ke menganalisis trend pengunjung. (Klik sini untuk diskaun RM100 Lot.my)

0 comments:

Post a Comment