ad

Sunday, October 23, 2011


Beberapa Tips Untuk Mempromosi Produk di Waktu Cuti Sekolah


Cuti sekolah biasanya berlaku pada hujung setiap hujung tahun. Waktu ini adalah antara waktu yang banyak memberi pulangan lumayan kepada peniaga. Jika, peniaga pandai melakukan lebih lagi pemasaran, keuntungan yang berlipat-ganda boleh di capai.

Walaupun, pada waktu ini keuntungan yang banyak boleh di capai, tetapi saingan juga akan meningkat. Oleh itu, peniaga perlu pandai merancang strategi yang betul untuk pemasaran. Beberapa nasihat yang ingin kami kongsikan kepada anda sempena jualan cuti sekolah.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah, mulakan kempen dengan segera! Cuti sekolah mungkin akan bermula sebulan dari sekarang tapi lebih baik anda menjadi ‘leader’ di dalam kempen jualan cuti sekolah. Ini akan memberi 2 kelebihan kepada anda.

Pertama sekali, di mata pembeli, anda akan di lihat sebagai prihatin dan ‘keep up to date’ kepada masa dan waktu pembeli. Kedua, anda mempunyai peluang awal untuk mengumpul ‘prospek’ yang akan membeli pada musim cuti nanti.

Gunakan video sebagai medium penerangan. Ini kerana video lebih mudah di fahami dan di lihat oleh pembeli. Mengikut beberapa statistik jualan online antarabangsa, video dapat meningkatkan jualan sehingga 40%. Tetapi pastikan persembahan anda menarik dan tidak membosankan pembeli, kerana persembahan yang menarik akan bakal meningkatkan jualan produk anda.

Anda juga boleh menggunakan medium pengiklanan media massa, seperti surat khabar, radio dan televisyen. Ini kerana pada waktu musim cuti sekolah, kadar tontonan pada medium ini akan bakal meningkat tinggi. Sebagai contoh, di televisyen, akan ada banyak rancangan yang menarik untuk tontonan seisi keluarga, jadi gunakan peluang ‘iklan’ semasa rancangan ini untuk mempromosi produk anda.

0 comments:

Post a Comment