ad

Sunday, October 30, 2011


10 Tips Untuk Meningkatkan Jualan Kedai Anda


1. Adakah produk anda akan menyelesaikan masalah pelanggan anda? Cba periksa semula. Pastikan anda menjual sesuatu yang menyelesaikan masalah pelanggan anda dan jangan hanya menjual produk “syok sendiri”.

2. Jika anda menjual produk yang bakal menyelesaikan masalah pelanggan anda, perjelaskan di muka hadapan laman web anda, apa yang produk anda boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah mereka, ini mampu meningkatkan jualan produk anda.

3. Buatkan bakal pelanggan selesa dengan kedai anda. Buatkan mereka selesa dengan menunjukkan kepada mereka bahawa kedai anda boleh di percayai dan di miliki oleh peniaga yang mempunyai reputasi yang bagus. Ini boleh di lakukan dengan meletakkan testimonial di kedai anda.

4. Periksa semula setiap perkataan di dalam laman web anda. Pastikan tiada kesalahan ejaan, atau tatabahasa. Walaupun, hanya kesalahan kecil, ia tetap boleh menampakkan anda tidak serius dalam menjual.

5. Cuba letakkan design kedai dan ayat promosi yang teruk untuk sehari sahaja. Di sini anda boleh lihat samada ia akan efek kepada jualan anda atau tidak. Jika ia efek, cuba lihat bahagian mana yang paling banyak memberi efek dan perbaikinya.

6. Kumpul email mereka melalui kupon atau promosi terkini. Mungkin mereka tidak membeli pada kedatangan pertama laman web anda, oleh itu kumpul email mereka dan lakukan "follow up" kepada mereka tentang promosi anda pada masa akan datang.

7. Pastikan anda meletakkan secara lengkap maklumat produk anda, dari pada apa yang akan pelanggan dapat hinggalah harga sebenar produk. Jangan fikir bakal pelanggan tahu segalanya mengenai produk anda.

8. Gunakan bahasa yang betul. Pastikan anda menggunakan bahasa yang betul dan mudah di fahami. Jangan gunakan bahasa pasar atau ayat singkatan SMS kerana bukan semua orang memahami bahasa ini.

9. Gunakan saiz tulisan yang besar di kedai anda, kerana tulisan yang kecil dan sukar di baca dan boleh membuatkan pelanggan lari.

10. Anda ada bonus? Berikan pelanggan bonus jika mereka membeli dengan anda, ini boleh meningkatkan lagi jualan kerana dengan bonus ia akan meningkatkan nilai produk itu sendiri. Cuma, jangan terlalu berikan bonus sehingga mengurangkan "profit margin" anda.

(Sumber gambar)

0 comments:

Post a Comment