ad

Tuesday, September 6, 2011


Kelebihan eCommerce berbanding Blogshop

Blogshop menjadi trend kepada kebanyakan peniaga online di Malaysia. Boleh di katakan kebanyakan peniaga online menggunakan blog sebagai platform untuk menjual produk mereka.

Blogshop mungkin sesuai menjadi platform untuk mereka yang baru bermula berniaga ataupun melakukan perniagaan secara part time. Bagi mereka yang mahu mempunyai perniagaan yang berkembang, mungkin kurang sesuai menggunakan blogshop sebagai platform perniagaan. Ini kerana ada beberapa ciri pada ecommerce yang tiada pada blogshop:

Menguruskan Produk

Dengan menggunakan software ecommerce, anda boleh menguruskan maklumat produk anda samada menambah deskripsi tentang produk atau lain-lain melalui admin panel. Anda boleh menguruskan inventori anda, dan akan mendapat alert terkini tentang inventori produk. Produk juag boleh di import ke dalam kedai secara pukal dan ia boleh di lakukan dengan satu klik.

Shopping Cart

Dengan ecommerce, pelanggan anda boleh menggunakan Shopping Cart untuk memudahkan pembelian mereka. Dengan Shopping Cart anda lebih mudah untuk menguruskan diskaun atau kupon, kos penghantaran atau berat produk secara automatik.

Menguruskan Tempahan

Tempahan dari pelanggana anda dapat di rekodkan secara automatik di admin panel anda dan notifikasi akan di sampaikan ke email anda. Segala maklumat berkenaan tempahan pelanggan akan dapat di terima oleh anda. Jadi ia memudahkan anda untuk menghubungi pelanggan anda apabila produk sudah di hantar kepada mereka.

Menguruskan Pelanggan

Seperti yang di ketahui sebelum ini, maklumat pelanggan akan di rekod secara automatik di dalam database anda, jadi tak perlu merekodnya semula secara manual di dalam Excel dll. Selain tiu, anda akan mendapat newsletter secara percuma, untuk memudahkan anda mengemaskini kepada pelanggan anda tentang produk atau promosi terkini anda.

Rekod Jualan dan Statistik

Melalui pengurusan pelanggan anda juga akan mendapat maklumat lengkap tentang pelanggan anda di dalam database berserta dengan rekod jualan dan statistik. Ini akan memudahkan anda membuat analisis tentang jualan anda dan akan memudahkan anda membuat penambahbaikan kepada produk anda dan seterusnya meningkatkan jualan dan keuntungan.

*Sekadar beberapa fungsi utama. Ada pelbagai lagi kelebihan sistem ecommerce berbanding blogshop.* Sign Up untuk mencuba sendiri kelebihan sistem ecommerce.

0 comments:

Post a Comment