ad

Monday, January 24, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : Lebih Pilihan Untuk Katalog Anda

Penyampaian produk di dalam kedai online amat penting dan boleh mempengaruhi jualan produk anda. Tidak seperti perniagaan offline, di internet katalog produk anda perlu jelas dan teratur kerana ia membantu keputusan pelanggan untuk membeli.

Ini kerana:
  1. Cara penyampaian produk boleh mempengaruhi cara pelanggan membeli produk di kedai anda.
  2. Penyampaian produk yang teratur, sistematik dan jelas memudahkan pelanggan membuat pilihan.
  3. Gambar produk yang jelas mampu memberi gambaran jelas tentang rupa bentuk sebenar produk anda.

Oleh itu, peniaga online harus bijak mengatur dan mempamerkan produk dengan cara yang betul kerana ia mampu meningkatkan jualan anda.

Atas sebab itu, dengan akaun Premium, anda mempunyai pilihan untuk mengubah saiz gambar produk dan cara produk di pamerkan. Jika anda ingin mengubah saiz atau rekabentuk produk yang ingin di pamerkan, anda boleh masuk ke admin panel, kemudian pada bahagian Setting > Store dan kemudian ke tab Catalog.


Di sini, anda mempunyai pilihan untuk menukar saiz gambar produk anda. Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan sama ada saiz gambar yang kecil, sederhana atau besar.

Anda juga boleh menukar jumlah produk yang di pamerkan di bahagian depan dan dalam catalog. Ini boleh di lakukan dengan mengubah jumlah dan baris yang ingin di pamerkan.


Biasanya, pada akaun basic baris produk default yang di pamerkan ialah 4 tetapi dengan akaun Premium anda bebas memilih bilangan produk di bahagian depan dan dalam catalog. Setelah anda memilih rekabentuk yang anda inginkan, klik pada butang Save. Produk anda kini akan kelihatan lebih jelas dan teratur, sedia untuk di pamerkan kepada pelanggan.

Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium hari ini dan dapatkan lebih pilihan untuk konfigurasi katalog anda. 

0 comments:

Post a Comment