ad

Thursday, January 20, 2011


Labels: ,

Premium Akaun : Lebih Kebebasan Rekabentuk Kedai

Salah satu ciri menarik akaun Premium ialah kebebasan yang diberikan untuk pemilik kedai mereka bentuk kedai mereka. Sekiranya untuk kedai percuma, reka bentuk hanya dihadkan dengan 4 pilihan skin dan pilihan latar belakang yang sedia ada, anda mempunyai lebih kebebasan untuk mereka bentuk kedai anda.

Lebih pilihan skin
Pengguna akaun Premium akan mendapat pilihan skin Premium yang hanya dikhaskan untuk pengguna akaun Premium sahaja. Skin Premium akan ditandakan dengan •. Lebih skin Premium akan ditambah dari masa ke semasa.

Reka sendiri skin anda menggunakan custom CSS
Bagi pengguna yang mahir menggunakan CSS, anda boleh mereka bentuk kedai mereka sendiri menggunakan custom CSS. Dengan menggunakan ciri ini, anda boleh menghasilkan reka bentuk yang unik milik kedai anda sahaja. Kami juga telah menyediakan guide untuk anda menghasilkan custom CSS anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang custom CSS ini, sila rujuk guide yang telah disediakan.

Gunakan sebarang grafik untuk latar belakang kedai anda
Kami telah menyediakan ratusan grafik latar belakang yang boleh digunakan pada kedai anda. Namun sekiranya anda ingin menggunakan grafik sendiri, anda boleh gunakannya dengan akaun Premium. Sekarang anda boleh memiliki latar belakang yang sama untuk kedai, blog dan website anda. 

Sembunyikan iklan, credit Lot.my dan sebagainya
Sekarang anda mempunyai pilihan untuk menyembunyikan iklan Lot.my yang kami sediakan. Malah anda juga boleh menyembunyikan semua link ke laman Lot.my. Sekiranya anda menggunakan domain sendiri, tiada siapa boleh menjangkakan anda menggunakan perkhidmatan dari Lot.my!


Apa tunggu lagi, upgrade akaun anda ke akaun Premium hari ini dan dapatkan lebih pilihan untuk mencantikkan kedai anda ini.

0 comments:

Post a Comment