ad

Tuesday, January 11, 2011


Labels: ,

Bagaimana Untuk Upgrade Akaun Lot.my Anda Ke Plan Premium

1) Jika anda belum mempunyai akaun Lot.my, lakukannya dengan mendaftar akaun percuma anda dengan klik pada butang Sign Up di laman utama Lot.my. (Anda juga boleh klik di sini untuk terus ke bahagian Sign Up)


2) Masukkan semua maklumat yang di perlukan seperti nama kedai, email, dan password.


3) Kemudian, klik pada butang Sign Up and start selling! untuk mengesahkan pendaftaran.

4) Maklumat pendaftaran kemudian akan di hantar ke email anda. Tahniah anda berjaya membuka akaun percuma Lot.my, anda sudah boleh login ke dalam akaun anda.

5) Setelah anda login ke akaun anda, anda akan dapat lihat butang Upgrade di bahagian atas kanan panel admin anda. Untuk upgrade ke akaun premium, klik pada butang tersebut.


6) Kemudian, anda akan di bawa ke bahagian Plan Comparison. Di sini akan di tunjukkan plan yang anda sedang gunakan. Anda juga boleh melihat perbezaan antara plan basic dan premium. Jika anda bersetuju, klik pada butang Upgrade untuk ke bahagian Upgrade Confirmation.


7) Di bahagian Upgrade Comfirmation ini mempunyai 2 pilihan plan, iaitu bulanan dan tahunan. Anda boleh memilih salah satu plan yang di sediakan. Untuk plan bulanan, anda perlu membayar sebanyak RM39.90 untuk setiap bulan, bagi pakej tahunan pula, anda perlu membayar sebanyak RM399.00 untuk bayaran tahunan.


8) Setelah anda memilih plan yang anda mahukan, klik pada butang Upgrade untuk ke bahagian Billing Information yang juga bahagian pembayaran.

Peringatan : Anda memerlukan akaun Paypal untuk membuat pembayaran. Jika anda tidak mempunyai akaun Paypal, anda juga boleh menggunakan kad kredit atau pun kad debit.


9) Login ke akaun Paypal anda. Setelah login, anda akan di bawa ke bahagian Payment Review. Di sini, anda boleh melihat maklumat pembayaran anda.


10) Pastikan maklumat pembayaran anda betul. Jika anda sudah berpuas hati dengan maklumat tersebut, klik pada butang Agree and Pay untuk membuat pembayaran.


11) Kemudian, Paypal akan menghantar pengesahan pembayaran ke email anda.

12) Setelah pembayaran di sahkan, kami akan melakukan proses upgrade akaun anda.

13) Tahniah kerana berjaya untuk upgrade akaun Lot.my! Anda sudah boleh login ke akaun anda untuk mula berniaga dengan akaun premium anda.

0 comments:

Post a Comment