ad

Friday, January 28, 2011


10 Checklist Sebelum Anda Mula Menjual Di Kedai Online Anda


Setelah anda mempersiapkan kedai online anda, tiba masanya untuk anda mendapatkan pelanggan untuk membeli produk anda. Tapi sebelum itu cuba periksa semula kedai online anda dan tanyakan diri anda tentang 10 checklist di bawah :



10 Checklist Sebelum Anda Mula Menjual Di Kedai Online Anda

1) Adakah anda sudah memberi mereka offer atau promosi di laman utama?

2) Adakah gambar produk anda sudah berkualiti dan jelas? Berapa posisi gambar produk yang pelanggan anda boleh lihat?

3) Sudahkah anda meletakkan informasi yang lengkap untuk setiap produk?

4) Berapa banyak produk yang anda jual? Adakah produk anda hanya spesifik kepada pasaran tertentu sahaja?

5) Sudahkan anda memberi mereka promosi "Free Shipping" sekiranya mereka membeli produk anda dalam kuantiti tertentu?

6) Sudahkah anda memberi jaminan wang kembali kepada mereka sekiranya produk anda tidak menepati kemahuan mereka?

7) Sudahkah anda meletakkan testimonial atau feedback dari pelanggan sebelumnya?

8) Sudahkah anda menyediakan autoresponder untuk mengumpul email dari prospek atau pelanggan?

9) Apakah cara anda menarik trafik ke kedai anda? Sudahkah anda mempersiapkan kedai anda untuk search engine?

10) Adakah anda mempunyai up selling atau cross selling selepas pelanggan membeli produk?

0 comments:

Post a Comment