ad

Monday, October 11, 2010


Labels:

Bagaimana Mengkaji Permintaan Pasaran Di Internet

Dalam apa jua perniagaan, kajian permintaan pasaran amat memainkan peranan penting. Tanpa kajian permintaan, sesuatu perniagaan tidak akan dapat mencapai keuntungan yang di ingini. Begitu juga dengan perniagaan di internet. Kajian permintaan harus di lakukan sebelum anda memulakan perniagaan. Ia amat penting untuk memastikan pasaran anda mempunyai permintaan. Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi bagaimana untuk mengkaji permintaan pasaran di internet.

Untuk mengkaji permintaan pasaran di internet, anda boleh menggunakan tool percuma dari Google iaitu Google Keyword Tool. Tool ini akan memberikan anda gambaran tentang permintaan pasaran dengan statistik carian oleh pengguna di Google mengikut average bulanan dan tahunan.



Untuk contoh, di sini kita gunakan keyword "baju kurung" untuk mengkaji permintaan bagi pasaran baju kurung. Setelah meletakkan keyword, di option location, tukarkannya kepada Malaysia, kerana kita mahu mengkaji pasaran Malaysia sahaja. Anda tidak perlu tukar option location tersebut jika anda mengkaji pasaran antarabangsa. Oleh kerana tiada option untuk Bahasa Melayu, kita gunakan English sebagai bahasa utama di sini. Kemudian klik pada butang search dan Google akan memaparkan statistik permintaan untuk pasaran "baju kurung" seperti di bawah.



Dalam statistik yang di paparkan, anda boleh lihat permintaan untuk baju kurung amatlah memberangsangkan iaitu sebanyak 74,000 secara average. Boleh di konklusikan di sini, pasaran baju kurung di internet mampu mendatangkan hasil lumayan, kerana permintaan amat banyak, memuaskan, serta mempunyai trend yang stabil.



Anda sebenarnya bukan sahaja dapat melihat permintaan pasaran anda, malah yang lebih menarik, anda juga dapat mengetahui permintaan untuk pasaran lain yang berkaitan seperti yang kita lihat pada contoh. Jika di scroll ke bawah, kita dapat lihat permintaan untuk pasaran "baju korea online" dengan average permintaan sebanyak 2400. Seperti yang anda tahu, trend terkini remaja adalah dengan fesyen korea.

Di samping mengkaji permintaan pasaran anda, anda juga dapat mengetahui pasaran-pasaran baru yang mungkin anda boleh terokai. Jadi, sebelum memulakan perniagaan, pastikan anda melakukan kajian permintaan pasaran. Selamat mencuba.

1 comments:

ita said...

idea baju korea tu sangat kreatif.
saya plan nak tambah keyword2 lain jugak untuk kedai saya. tq!!

Post a Comment