ad

Wednesday, October 13, 2010


Labels:

4 Tips Untuk Pemasaran Fan Page Facebook Anda



Jika anda masih belum menggunakan Facebook sebagai platform perhubungan dengan pelanggan, anda patut mempertimbangkannya. Ini kerana, statistik menunjukkan pengguna Facebook semakin bertambah dari hari ke hari. Selain menguruskan pelanggan sedia ada, anda juga berpeluang menambah pelanggan baru.

Tetapi anda juga perlu faham bagaimana berkomunikasi dengan pelanggan dengan platform sosial begini, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan fungsi Facebook Fan Page. Ini kerana platform begini memerlukan anda untuk lebih berusaha mengekalkan hubungan dengan pelanggan. Jadi di sini kami kongsikan beberapa tips untuk menggunakan Facebook Fan Page dengan cara yang betul :

Sentiasa memberi info yang berguna

Beri info yang berguna untuk fan anda di Facebook supaya mereka akan sentiasa datang untuk mendapatkan info baru. Jika anda tidak mempunyai masa untuk update status fan page anda, anda boleh menggunakan aplikasi percuma fan page anda untuk update status fan page anda secara automatik seperti aplikasi Notepad dan RSSGrafitti yang mengintegrasikan blog anda dengan Facebook.

Beri sesuatu yang mereka tidak jumpa di mana-mana

Anda boleh cuba untuk memberi fan anda sesuatu yang istimewa seperti report percuma dan contest khas untuk mereka. Pastikan ianya hanya boleh di baca oleh mereka sahaja, supaya ianya nampak ekskulif dan mereka akan berasa isitimewa. Ini mampu menambah kesetiaan mereka kepada fan page dan juga perniagaan anda.

Sentiasa berinteraksi

Sentiasa berinteraksi dengan mereka. Anda boleh bertanya khabar tentang mereka, memberi soalan dan bertanya tentang perkembangan perniagaan mereka. Memberikan mereka nasihat yang berguna untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah mereka. Interaksi begini mampu menaikkan kredibiliti sambil mengeratkan perhubungan anda dengan pelanggan anda.

Menarik pengunjung baru

Gunakan fan page anda untuk menarik pengunjung baru dengan sebaiknya. Sebagai contoh anda boleh membuat landing page di fan page anda dengan meletakkan newletter atau informasi tentang perniagaan anda. Ini secara tidak langsung memberi gambaran kepada pengunjung tersebut tentang fan page anda dan akan menarik mereka untuk menjadi fan di fan page anda.

Jangan lupa sertai kami di Fan Page

0 comments:

Post a Comment