ad

Wednesday, October 6, 2010


Labels: ,

3 tips untuk melakukan pemasaran di Forum


Teknik mendapatkan banyak trafik atau prospek dari forum sememangnya popular, tetapi jika anda tidak tahu cara untuk memasarkan diri di forum, anda mungkin boleh melakukan tips-tips yang akan di tunjukkan di artikel ini nanti.

Menaikkan populariti thread anda di forum adalah sangat penting. Ketika pertama kali, thread di postkan, kekuatan utama terletak sepenuhnya pada headline, itu perkara pertama di lihat oleh pembaca. Jika anda tidak mahir menulis title untuk headline, anda boleh membuat eksperimen. Cuba tulis satu headline. Setelah thread di postkan, untuk mengetahui popularitinya anda boleh melihat jumlah reply kepada thread tersebut. Semakin banyak reply kepada thread, semakin banyaklah orang yang tertarik untuk melihat apa yang sedang berlaku di dalam thread tersebut. Jadi, tulis headline yang menarik perhatian dan content yang di minati ramai.

Di bawah adalah 3 tips untuk mendapat reply atau respon kepada thread anda :

Membuat thread pertanyaan

Ini adalah cara yang paling mudah. Kebanyakan orang sebenarnya gemar membantu orang lain. Dan tentu saja, selepas anda bertanya, ramai yang menjawabnya dan pasti juga ada ramai lagi memberi pelbagai informasi dalam topik yang anda tanyakan. Tapi pastikan anda bertanya soalan yang masih belum di tanya di forum tersebut untuk memastikan thread anda mendapat respon.

Contoh : “Bagaimana untuk mendapatkan trafik ke laman niaga?”

Memberi pendapat yang kontroversi

Kebanyakan orang suka berdebat. Jadi, cuba pilih topik yang mempunyai kontroversi dan kemudian tulis content yang menyokong sebelah pihak. Anda pasti akan terkejut melihat respon dari forumer lain tentang hal kontroversi tersebut. Jangan lupa anda juga perlu untuk bersama berdebat bersama mereka untuk lebih menghangatkan thread tersebut.

Contohnya - "Berita hangat! Program X adalah scam!"

Menulis thread yang informatif

Menulis sebuah thread bermaklumat adalah seperti menggoda pembaca. Seperti yang anda tahu, semua orang sukakan informasi percuma. Pembaca yang sukakan gaya penulisan dan maklumat anda pasti akan kembali semula ke thread anda dan berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain. Secara tidak langsung menaikkan reputasi anda di forum tersebut.

Contohnya – “7 Teknik Meningkatkan Trafik ke Laman Niaga Anda”

Sumber tips : TimScullin

0 comments:

Post a Comment