ad

Tuesday, February 16, 2010


Labels:

Mini Seminar Lot.my

Kami sering mendapat maklumbalas daripada pengguna Lot.my yang menyarankan agar kami menganjurkan satu sessi untuk para usahawan, peniaga dan individu yang berminat,untuk mempelajari lebih lanjut perniagaan Internet.
Jadi, atas permintaan ramai, kami akan mengadakan sebuah mini-seminar bertajuk “Bagaimana Mewujudkan Kedai Online”. Mini seminar ini akan menerangkan teknik perniagaan Internet menggunakan sistem Lot.my sebagai platformnya.

Maklumat acara ini adalah seperti berikut:
  • Tarikh: Jumaat, 19 Feb 2010
  • Masa: 8.30-10.00 malam
  • Lokasi: Pusat Rekreasi Dan Perkhidmatan Parlimen DBKL (Berhampiran Petronas), No PT 4752, Jalan Selimang, Taman Tenaga Cheras, 56100 Kuala Lumpur.
Mini seminar ini dianjurkan secara percuma. Namun disebabkan lokasi yang terhad, kami hanya menerima 50 peserta pertama sahaja buat masa ini.

Anda boleh hubungi saudara Alif Nordin (019-2624250) / Luqman Zulhusni (012-3016656) untuk sebarang pertanyaan ataupun pengesahan tempat. Cepat, tempat adalah terhad.


1 comments:

Anonymous said...

Just nak share, kalau nak cari tempat tu, mula-mula cari Petronas. Dewan tu betul2 belakang Petronas je. Dewan UMNO.

Post a Comment